in ,

Betul Ke Soo Wincci Mahu Menetap Terus di Taiwan?

Berikutan kejayaan lagu Cina berjudul Happiness dan Not Brave yang mendapat sambutan di Taiwan, penyanyi Soo Wincci mahu terus mentap di sana.

Menurut Soo Wincci, dia emang tak sangka dua buah lagu ini bertahan dan terus melonjak di carta popular di negara berkenaan. Soo Wincci begitu gembira dengan perkembangan ini dan merasakan wang yang dilaburkan untuk mencipta nama di sana sangat berbaloi. Walaupun penat berulang-alik dari Taiwan ke Kuala Lumpur, namun Soo Wincci rasa sangat puas apabila lagunya diterima oleh warga di sana.

Pada tahun ini, Soo Wincci dilaporkan bakal mengadakan jelajah untuk bertemu peminat di sana. Jadi, untuk fokus dengan karier ini, Soo Wincci terpaksa berpindah dan menetap di Taiwan. Soo Wincci dah fikir masak-masak dan segalanya nampak mudah apabila ada pihak yang ingin bekerjasama dengannya untuk turut mempromosikan album barunya. 

Kalau sebelum ini, Soo Wincci hanya berulang-alik, mulai bulan April ini, Soo Wincci tak perlu lagi nak bersusah payah untuk beli tiket kapal terbang. Sebuah album dikeluarkan untuk pasaran Taiwan dengan mengandungi 10 buah lagi.

Soo Wincci juga menafikan yang dia dah merajuk berikutan sambutan yang kurang menggalakkan di Malaysia. Tapi keputusan untuk menetap terus di Taiwan adalah untuk merealisasikan apa yang diimpikan selama ini.

Sebelum terbang ke Taiwan, penyanyi berusia 29 tahun ini akan berlakon dalam sebuah telemovie drama epik enam episod arahan Erma Fatima memegang watak sebagai Puteri Hang Li Po.

Kita ucapkan semoga Soo Wincci terus sukses ya.

Soo Wincci

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Doa Warga Media Prima Berhad Buat MH370

Muzik Video Single Terbaru Diddy Hirdy BIDADARI HATI