in ,

Betul Ke Sabhi Saddi Sudah Berkahwin & Ada Anak?

[dropcap]K[/dropcap]ecoh dan hangat pada minggu lepas, penyanyi Sabhi Saddi menjadi bahan gosip di laman sosial apabila dikatakan sudah pun bernikah secara sah dengan seorang gadis yang bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27 tahun, berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi didakwa telah berkahwin secara diam-diam dan lebih mengejutkan, hasil perkahwinan peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua itu dikatakan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang juga dirahsiakan identitinya. Wah, senyap-senyap ye, tak nak kasi orang tahu. Pandai betul Sabhi sembunyikan sebab hanya orang tertentu je yang tahu.

Jom kita tanya Sabhi Saddi, betul ke gossip ni?

“Ya, saya sudah berkahwin pada Julai tahun lepas di Kuala Lumpur. Isteri saya bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Dia merupakan orang biasa. Kami diperkenalkan oleh kawan. Saya tak terfikir pun hubungan kami akan menjadi serius. Namun selepas rapat sebagai kawan selama setahun, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang boleh saya katakan, ia sudah rezeki dan jodoh kami. Kami sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat bulan, Sofea Reesya”.

Merahsiakan perkahwinannya atas sebab privasi tetapi Sabhi akan memperkenalkan anak dan isterinya pada hujung tahun ni.

“Sebelum ini saya bimbang kalau saya hebohkan tentang perkahwinan kami, orang akan kata macam-macam. Sebab, ada peminat suka saya berkahwin dan ada juga yang tidak suka. Sebelum ini, bagi saya, biarlah rakan-rakan rapat dan keluarga terdekat sahaja yang mengetahui tentang perkahwinan kami itu”, katanya akan menyambut Aidilfitri di rumah keluarga isteri di Pasir Mas, Kelantan.”

Bagi pelantun lagu Nadiku ini, perkahwinan adalah hal peribadi dan tidak perlu dihebohkan, namun akhirnya kini semuanya sudah diketahui umum.

Sabhi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di Malaysia

Tahniah! Marion Caunter Hamil Anak Kedua