in ,

Betul Ke Rumahtangga Abby Abadi Kini Retak?

Pada Sabtu lalu Abby Abadi memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Sebagai seorang bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, pelakon Norman Hakim turut mengambil berat terhadap masalahnya yang dihadapi oleh bekas isterinya itu. Norman berkata dia terkejut sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dan segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

abby abadi nikah

“Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah. Saya terus menghubunginya dan bertanya ‘awak ok?’. Dan Abby pula balas; ‘Ok! Saya ada Allah…’ Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya,” kata Norman seperti yang dilaporkan mStar online.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

“Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.”

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.

Sama-samalah kita doakan semoga rumahtangga Abby dan suami kembali jernih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izreen Azminda Akui Sudah Bercerai Dengan Muhammad Riza

Akim Ahmad di Akustik Ramlee Muzikal Khas Mengenang P.Ramlee