in

Betul Ke Rowan Atkinson Mr Bean Masuk Islam?

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai Mr Bean memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Selepas tersebar berita itu, peminat mulai tweet dan menulis update status mereka di laman sosial serta menyebarkan berita ini. Walaubagaimana pun ada blog yang menafikan laporan ini.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad. Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. Ini bermakna tiada pengumuman rasmi dibuat sendiri oleh pelakon berkarakter lucu ini.  Maksudnya, tiada pengesahan daripada mulut Atkinson berhubung laporan ini.

Mr Bean terkenal dengan dalam siri komedinya selain beberapa buah filem. Dia mula dikenali pada peringkat global selepas muncul bersama siri komedi Mr Bean sekitar 1990. Namun, Mr Bean popular di UK selepas menjayakan beberapa program komedi seperti Not The Nine O’clock News pada awal 1980 an untuk stesen BBC.

Sebelum ini, kita juga ada mendengar beberapa selebriti lain telah didakwa memeluk Islam hingga menimbulkan tanda tanya. Antaranya, Michael Jackson, Jermaine Jackson, Liam Neeson dan Nicolas Anelka.

mr bean

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizz Fairuz & Almy Nadia Bincang Pasal Kahwin

Zizan Razak Nafi Bermasam Muka Dengan Johan