in ,

Betul Ke Raja Azmi Ditipu Oleh Anak Ikan?

Alamak! Ini Kes Teruk Jugak Ni! Masalah Negara Pun Tak Sebesar Ini! Baik Selesaikan dengan Segera!

Ekoran konflik yang tercetus di antara beliau dan pendatang baru Adam Davin yang didakwa telah membuat bermacam penipuan terhadapnya, hari ini dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, penerbit penuh kontroversi, Raja Azmi, 53, tampil membuat kenyataan menyangkal fitnah yang telah dilemparkan terhadapnya sekaligus membongkar perbuatan-perbuatan menipu pemuda kacak berbangsa Singh itu.

Adam Davin sebelum ini dicanang-canang bakal menjadi pelakon utama filem terbitan Raja Azmi berjudul Anak Ikan. Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh S/O Gurchan Singh didakwa mempergunakan namanya bagi mengadakan uji bakat filem berkenaan. Selain itu Adam pernah memperdayakan Raja Azmi dengan memberitahu bahwa dirinya adalah pemilik Gulatis Wangsa Walk, di Wangsa Maju dan merupakan anak kepada taukeh gedung kain terkemuka, Jakel.

raja azmi

“Hari ini saya tujuan saya buat sidang media ni supaya Adam Davin berhenti daripada terus-terusan menggunakan nama dan mengaibkan saya. Saya mahu membersihkan nama saya. Saya juga mahu dia menghentikan kegiatan penipuan yang dibuatnya”, katanya ketika ditemui di RK Recipes Cafe, Melawati, Kuala Lumpur.

– Raja Azmi

Tambahnya, dia mula mengenali dia (Adam) menerusi Instagram dan kemudian pemuda itu menyatakan hasrat mahu melabur dalam filem terbaru terbitan beliau. Menerima berita itu dengan terbuka, Raja Azmi dan Davin mula mengadakan beberapa pertemuan untuk berbincang.

“Saya kenal Adam melalui Instagram. Dia yang dulu memperkenalkan diri dan kemudian menyatakan hasrat yang bapanya ingin melabur sebanyak RM500,000 dalam filem terbaru (‘Anak Ikan’) tetapi dengan syarat dia menjadi hero filem itu. Ibarat kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Bagi saya kalau ada pihak yang datang nak membantu, apa salahnya saya terima.

“Kemudian kami bertemu. Dia memberitahu yang dia adalah pemilik Gulatis, di Wangsa Maju dan bapanya adalah pemilik Jakel. Dia juga pernah membawa saya dan dua anak perempuan saya ke outlet Gulatis di Wangsa Maju dan menyuruh kami memilih mana-mana kain yang kami inginkan.

“Adam pernah berjanji mahu mempertemukan saya dengan bapanya untuk berbincang mengenai filem saya itu. Tetapi pertemuan itu kali dibatalkan Adam di saat akhir dengan alasan bapanya sibuk. Kali kedua dia berjanji dia mahu membawa saya berjumpa dengan bapanya tetapi pertemuan tidak dapat diadakan kerana pada ketika itu saya punya urusan di luar negara”,

– Raja Azmi

Namun tidak lama selepas itu, Raja Azmi tersedar yang lelaki tersebut sebenarnya adalah penipu selepas beliau mendapat banyak maklum balas dari pengikut di Instagramnya menyatakan Adam adalah penipu besar dan ramai yang mengaku menjadi mangsanya.

Menurut Raja Azmi lagi, sejak itu beliau terus menyekat akaun Adam dari Instagramnya malah tidak lagi menjawab panggilan-panggilan telefon dari lelaki berusia 25 tahun itu.

“Macam-macam nama saya dijaja. Tanpa saya sedar, dari Johor Bahru hinggalah ke Pulau Pinang dia menggunakan nama saya untuk kepentingan diri dia dan telah berjaya memperdayakan ramai orang. Dia kata dia bekerja dengan saya, dia gunakan gambar-gambar saya dengan dia (gambar sewaktu di ABPBH) untuk meraih kepercayaan orang ramai.

“Tak cukup dengan tu, dia kata pula saya fitnah dia. Semalam, keluar di akhbar Harian Metro dan berita Awani mengenai Adam mendakwa saya yang memfitnah dan memalukanya. Itu satu tamparan hebat pada saya. Seumur hidup saya, saya tidak pernah memfitnah orang.

“Rupanya dia bukan pemilik Gulatis mahupun anak kepada taukeh Jakel. Saya juga akan pulangkan semula kain-kain dari Gulatis yang kami ambil yang bernilai RM5000. Dan hari ini saya juga tampilkan bukti dan juga mangsa-mangsa yang pernah tertipu oleh perbuatan-perbuatan dia. Mangsa-mangsa ini yang menghubungi saya sendiri dan mahu sama-sama mendedahkan perkara ini. Dalam tempoh dua bulan, saya mendapat maklum balas dari leh 10 orang mangsa yang mengakui mereka juga ditipu oleh Adam Davin. Dengan bukti-bukti ini, saya harap polis segera menangkapnya!”,

– Raja Azmi

Antara mangsa yang hadir ialah seorang mangsa yang tertipu gara-gara urusan pembelian telefon bimbit, pemilik butik Kos Serani (butik baju yang dipinjam Adam untuk ABPBH lalu) dan wakil dari outlet Gulatis Wangsa Maju.

Dalam pada itu Raja Azmi berkata, meskipun dia berdepan dengan kontroversi ini, perancangannya untuk menerbitkan filem Anak Ikan tetap akan diteruskan.

“Bajet keseluruhan filem ini lebih kurang dalam RM900,000. Saya akan tetap akan teruskan projek filem ini. Para pelakonnya terdiri daripada pelakon lama dan baru. Kita akan adakan ujibakat bagi mencari pengganti Adam Davin juga untuk pelakon lain, dalam masa terdekat ini”,

– Raja Azmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenapa Ashraf Muslim Letak Jawatan COO Pusat Rawatan Al-Hidayah?

Gambar Pasha Ungu di Universal Studio Singapore