in ,

Betul Ke Kekasih Adira Orang Kuat Khairy Jamaluddin?

[dropcap]S[/dropcap]elepas gossip tentang Adira menempah baju nikah kahwin dengan seorang pemuda, kini persoalan siapakah pemuda yang akan bernikah dengan Adira sedang disiasat oleh paparazi di Malaysia.

Nampaknya ramai yang nak tahu, siapa gerangan lelaki yang dikenali sebagai @shahrul_jr di laman Instagram pereka fesyen Ezuwan Ismail. Nampak pada raut wajah, nampak sangat familiar kan?

Ramai terkejut begitu cepat Adira dapat pengganti selepas putus cinta dengan Aliff Aziz.

adira dan tunang

Dikhabarkan bakal suami Adira adalah seorang yang kuat berpolitik. Jika dilihat laman Instagram miliknya, banyak juga dia bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta tak ketinggalan bersama Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak. Mesti dia ni somebody gak ni.

Selepas disiasat, rupanya pemuda kacak ini adalah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia dan dipercayai anak buah kepada Khairy Jamaluddin. Namanya Shahrul Nasrun Kamarudin, anak Dato dan berasal daripada Kelantan.

Semoga Adira dan pemuda ini bahagia melayari kehidupan dan selamat mendirikan rumahtangga. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daniel Craig Bakal Membintangi Filem James Bond Siri Ke-24

Frigate Launches Free Mobile VoIP App