in ,

Betul Ke Jep Sepah Maki Peminat?

Dalam ruangan gosip di sebuah akhbar semalam ada menyebut, seorang pembaca menerima satu kiriman e-mel yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu iaitu Jepp yang dikatakan telah memaki peminat. Menurut pembaca tersebut, kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.

jepp-sepah-2

Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang berbunyi:

“Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.”

Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan pelawak kesayangannya itu.

Menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.

Sekarang ini hanya Jep sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang berlaku. Harap Jepp tidak cepat melatah dengan apa yang dipaparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.

Atau adakah gossip ini direka semata-mata untuk menjatuhkan Jepp? Apa kata anda?

sumber : Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

List of Nominations 11th BOH Cameronian Arts Awards 2014

Noryn Aziz Hamil Selepas Buat Terapi Akupuntur