in

Betul Ke Elyana Mengidap Kanser?

[dropcap]M[/dropcap]asih ingat lagi pada penyanyi yang popular dengan trademark ‘suka berkaki ayam’ di pentas, ini?. Ya, Elyana yang kini semakin sepi dari publisiti. Tetapi baru-baru ini timbul khabar yang menyatakan penyanyi itu kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya.

Apa yang lebih mengejutkan, akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah baru-baru ini dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh.

“Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser.

Sementara mengulas mengenai dakwaan pemergiannya ke Mekah untuk mengerjakan umrah baru-baru ini kerana mahu berdoa di depan Kaabah agar penyakit itu cepat sembuh, Elyana berkata,

“Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah.”

Dalam pada itu Elyana sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati untuk bertudung. Tetapi Buat masa ini dia mahu menjaga solatnya terlebih dahulu.

Perkembangan lain, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Kalis Rindu ini sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbaharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini.

Sumber: Kosmo!

gambar-elyana-umrah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri The Undercover

Senarai Selebriti di Larian Amal Feel Good Run 2013