in

BEST OF DRAMEDY TV3

TV3: BEST OF DRAMEDY

Hikayat – Raya Pertama, 10 September, 10.00 pagi
Tok Wan selalu berkongsikan kisah di zaman mudanya bersama dua orang cucunya, tetapi menariknya apa yang diberitahu oleh Tok Wan benar-benar menjadi realiti!
Pelakon: Harun Salim Bachik, Nor Khiriah, Aida Osman, Maisara, Jalil Hamid, Amy Mastura, Munir, Arash Mohd

Senario: Ejen 003 – Raya Pertama, 10 September, 11.00 malam
Kisah tiga orang sahabat, Megat, Omar dan Hamdan sebagai penyiasat sulit di Bandar. Walaupun mereka tidaklah sehebat Sherlock Holmes dan James Bond namun nasib sering menyebelahi mereka dalam menyelesaikan setiap kes!
Pelakon: Azlee Senario, Wahid, Mazlan Pet Pet, Bell Ngasri, Saiful Apek, Sheera Iskandar

Bas Raya – Raya Kedua, 11 September, 12.00 tghari
Ramadan pergi, Syawal dinanti… Sidek dan keluarganya begitu teruja ingin pulang beraya di kampung halaman. Kegembiraan mula dirasai namun ia cuma sementara apabila Sidek dan keluarga telah ditipu oleh ‘ulat tiket’. Dapatkah mereka beraya di kampung?
Pelakon: AR Badul, Nabil, Ilya Buang, Sheila Mambo, Achong, Fahrin Ahmad

Syawal Pertama – Raya Keempat, 13 September, 11.00 malam
Mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Syawal yang tinggal bersama ibu bapanya, Pak Hassan dan Kak Tipah. Satu-satunya anak mereka, Syawal mengalami kemalangan sewaktu berusia 8 tahun dan doktor meberitahu bahawa otaknya tidak boleh berkembang. Sejak itu dia hanya berkawan dengan budak berusia 8 tahun dan berperangai seperti budak budak walaupun ia sebenarnya sudah menginjak dewasa. Oleh kerana pemikiran Syawal yang seperti budak-budak dia seringkali dipergunakan oleh orang kampung. Pada petang sebelum hari raya, Syawal memberi tahu ibu bapanya dia hendak pergi memancing. Tiba-tiba Syawal terjatuh ke dalam sungai dan tidak sedarkan diri. Di rumah Pak Hasan dan Kak Tipah mereka mula risau kerana Syawal tidak pulang ke rumah. Mereka bersama orang kampung mula mencari dan beranggapan Syawal telah mati lemas. Pada pagi raya, Pak Hassan dan Mak Tipah masih bersedih dan di tepi sungai, Syawal sedar dari pengsan. Satu kejadian aneh berlaku pada Syawal di mana dia kembali normal.

Pelakon: Hairi Othman, Jalil Hamid, Aznah Hamid, Bell Ngasri, Intan Ladyana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Menantu Mualaf dalam Telemovie Setulus Kasihmu

Rozita Che Wan, Kamal Adli dalam Drama Madu Sorok