Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









BERSAMAMU MUSIM KE-13 DI TV3



BERSAMAMU MUSIM BARU
Bukan Sekadar Linangan Airmata

Program realiti amal bersamamu kini menjangkau musim yang ke-13. Sejak ke udara mulai Mei 2005, program ini menampilkan komitmen pelbagai pihak untuk bersama-sama membantu dan memberi semangat kepada golongan kurang berkemampuan agar hidup lebih sempurna.

Kehadiran musim terbaru, menyuntik rasa kebersamaan dalam masyarakat dengan mengetengahkan konsep `gotong-rotong’. Pelbagai pihak dipelawa untuk turut serta membantu keluarga yang dipaparkan seperti agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, badan korporat atau pelajar universiti dan sekolah.

Gandingan muafakat ditonjolkan menerusi aktiviti membersih, membaiki dan membina rumah serta memberi khidmat kaunseling, tuisyen, kemahiran dan pemeriksaan kesihatan.

Kegetiran hidup insan yang dikongsikan bersama penonton, bukanlah sekadar menerbitkan rasa simpati tetapi menuntut kefahaman daripada pelbagai pihak. Esak tangis yang menyebak hati bukan lagi untuk meratapi untung nasib tetapi mengiringi kecekalan diri untuk mengubahnya. Mereka bukan sahaja dibantu dari segi kewangan malah diberi kemahiran dan sokongan moral untuk memperbaiki kehidupan.

Sehingga kini sudah 6 episod disiarkan. Gotong-royong yang membabitkan penyertaan khususnya daripada penduduk kampung, memberi impak dalam membangkitkan semangat individu atau keluarga yang dibantu untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Jika dahulu ada di antara mereka yang menebal rasa rendah diri, kini mula mengorak langkah untuk membina hidup baru.

Hasil kerjasama yang dijalin bersama beberapa agensi kerajaan dan sokongan dana daripada dermawan budiman, tiga keluarga menerima rumah baru (1 kes di Melaka, Selangor dan Kedah) manakala empat lagi (2 kes di Perak dan masing-masing 1 kes di Kelantan dan Perak) mendapat bantuan memperbaiki rumah yang kesemuanya dijalankan secara bergotong-royong.

Penerbitan bersamamu musim baru diterajui penerbit, Kamaruza’ain A. Kadir dan Kalijahwati Md Kassim sebagai penerbit bersama. Mereka dibantu wartawan penyiaran Johari Abu Bakar.

Pemilihan individu atau keluarga yang layak untuk dibantu menerusi program bersamamu, dilakukan oleh sebuah unit komunikasi penerbitan yang diketuai oleh Pn. Ratnawati Jamil. Tugasan membuat tinjauan ke lokasi bagi mengenalpasti mereka yang layak, dilakukan sebulan lebih awal. Dalam tempoh berkenaan juga, pihak berkuasa tempatan, ketua kampung dan pelbagai organisasi dihubungi untuk memberi kerjasama dan terbabit dalam aktiviti gotong-royong.

Penggambaran dilakukan antara 3 hingga 4 hari yang merakamkan kegiatan mereka seharian, kepayahan yang dialami, usaha yang dilakukan bagi memperolehi sumber pendapatan dan gotong-royong.

Program Bersamamu musim ke-13 bersiaran setiap Rabu, jam 9.30 malam. Ia ditaja secara bersama oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd. dan Bank Muamalat.

Dengan hasrat menggunung untuk membantu insan yang memerlukan, bantuan yang diberikan menerusi program ini hanyalah sebagai pemangkin bagi mereka mempergiat usaha mengecapi kehidupan lebih sempurna. Ia sebagai pembuka jalan untuk memperbaiki sikap.

Mengambil berat sesama anggota masyarakat tanpa mengira batas warna kulit dan budaya, menyuntik rasa saling memerlukan dan sikap terbuka untuk hulurkan tangan, ringankan beban. Tiada apa yang lebih membanggakan selain melihat adanya perubahan memberangsangkan di kalangan individu atau keluarga yang diberi bantuan menerusi program bersamamu.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PROGRAM BERSAMAMU MUSIM KE-11 TERIMA SUMBANGAN
  • PERJALANAN KAMI BERSAMAMU TEMUI PENONTON TV3 DI AIDILFITRI
  • Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel
  • KELUARGA ZAINAL DAPAT PERHATIAN PROGRAM BERSAMAMU TV3
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Irin Putri Azmi Pengacara Baru Bersamamu TV3
  • Azean Irdawaty Semakin Pulih
  • KEM BERSAMAMU ALAM 2011
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3



    • NO KOMEN

      PELIK SANGAT..KENAPA TV3 BUAT PROGRAM MACAM NI UNTUK MINTA SIMPATI ORANG DENGAN DEDAHKAN MASALAH DAN KESEMPITAN HIDUP..ALANGKAH MOLEKNYA KALAU SEGALA PENAJA YANG DIBERI KEPADA PROGRAM LAIN DI SUMBANGKAN KEPADA PROGRAM INI….RASANYA ITU LEBIH BERFAEDAH…..LAGIPUN MEDIA PRIMA KAN KAYA??? SUSAH SANGAT KE NAK BAGI SUMBANGAN DARIPADA MINTA ORANG RAMAI YANG BERAPA LA SANGAT…APAPUN HARAP SYARIKAT YANG ADA BERJUTA – JUTA RM TU HULURKAN BANTUAN TANPA PERLU PUBLISITI…ITU LEBIH MULIA

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Ada pro n kontra …. pro.. leh jdi panduan / iktibar kt org lain (pnonton) .. slain drp sama2 mnderma.. leh jdi pringatan kpd kita utk x kterlaluan dlm brbelanja @ mmbazir n brsyukur dgn apa yg kita ada skrg slagi kita x tau kkurangn org lain. Apa yg Hb sedih .. adakalanya antara kita trus tukar channel lain bla tiba siaran Bersamamu ni. Hb tringin nk join team Bersamamu msa depa p ziarah mereka yg kurang brkemampuan ni. Sronok sgt bila tgok mereka esp kanak2 ni dapat bantuan drp pihak orgramai.. cuma yg agak trkilan .. DO @ MB mcm bru nk mmbantu gak bila phak Brsamanu ni p bgi bantuan. Mna mereka sblum ni? Adakh msa nk election je bru mnjengok rakyat d kawasan depa???

    • http://syaafique.blogspot.com fique

      tapi aku tak boleh tengok la bersmamu nie.. cian kat orng2 tu.. msih ada lagi orng yang daif kat malysia nie yer…

    • Soraya Yusuf

      Setuju dengan Honeybee. Program ni ada pro & kon. Boleh jadikan iktibar pada kita semua, juga untuk badan kerajaan supaya celik mata terhadap kemiskinan rakyat. On the other hand, cara pengendalian TV3 tu sedikit over-acting plus the pengacara sometime seolah-olah interframe terlalu byk dlm segmen tersebut. Mcm cuba menonjolkan diri pula. Anyways, all the best TV3.

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Apa crita trkini Fifi ek … tgok kt RTM aritu mcm dh brisi je.. x de latest pic ke?

    • Nor

      Macamana nak menyertai program nie? Ada seorang rakan yang kesempitan hidup, suami kahwin lain kemudian tinggalkan anak dan isternya. So anak-anak semua dlm tanggungannya sendiri. Rumah sewa, kerja kat kilang, gaji x seberapa. Macammana nak salurkan.

    • http://www.obefiend.blogspot.com/ obefiend

      they need training and a crutch. they dont need simpati and hand offs. the show is blatantly manipulating the poor for ratings

      give a man a fish and he ate for the day
      teach a man to fish and he can fish forever

      digest that fools

    • http://Yahoo.Com.My Skapong87

      Salam.Tahniah kepada tv3 atas bntuan dan keprihatinan trhdp gologan miskin.Dgn adanya tv3 maka phk jkk kmpng pun tnjk la muka.Haha.D sini sy ingin meminta bantuan daripada pihak bersamamu.Ada 1 keluarga yg tnggl d daerah kuantan.Nama kampung bukit kuin.Pg td sy smpt ke rumahnya utk melihat bntng peliharaanya.Jd sy msk la ke dlm umahnya.Ya allah apa yg sy lht snggh mengejutkan.Keadaan atap umah yg brlubang.Dinding reput.Dapur hampir runth.Dia ada menberitahu bhw sudah 2 kali mohon bantuan dari jkk.Namun hanya pekartaan sabar je.Emm.Dia menpunyai 6 org anak.Laki nya kerja drebar lori.Dia tdk brkrja.Mohon bantuan dr phk tv3.Memandangkan jkk tdk dpt buat pe2.Sy tkt nanti rnth rumah beliau.

    • http://Yahoo.Com.My Skapong87

      Org lain yg xtau erti keperitan.Jangan komen pe2 yg negatif.Cam kwn kt 2.Apa2 je la.Emm puh mtk dia jd org miskin.Br dia tau.

    • Saidon bin Din

      Assalamualaikum.Kepada penerbit Rancangan Bersamamu oleh TV3.
      Saya sebagai sebahagian daripada penduduk di Kg Batu 20,Jln Padang Besar,02100 Pdg Besar,Perlis terpanggil untuk memaklumkan kepada pihak tuan atas penderitaan dan kesempitan hidup sebuah keluarga di sini.Atas rasa simpati dan belas kasihan yang amat sangat saya merujuk perkara ini kepada penerbit Bersamamu kerana saya dapati setelah saya menemu bual keluarga tersebut bahawa mereka lansung tidak mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib di sini untuk meringankan beban nasib keluarga Azahari bin Ayob dan isteri Rusni bt Mohd serta 4 orang anak mereka.Saya berharap pihak tv 3 dapat datang buat tinjauan bagi membantu keluarga tersebut.boleh hubungi saya untuk maklumat 0195778867.Sekian,semoga mendapat perhatian

    • http://-dfvd hamba allah

      aslmkum?saya rasa elok gak program ni diteruskan kerana ini adalah salah satu sumbangan ikhlas dari syarikat yang berkemampuan dan diharapkan agar ramai lagi syarikat-syarikat tempatan yang mengambil bahagian dan memberi sumbangan kepada yang memerlukan
      program ini juga bagus bagi membolehkan ahli-ahli ADUN dan PERLIMEN dikawasan tersebut turun padang bagi mengenalpasti masalah rakyat dikawasan diwakili jangan pandai isi poket sendiri aje walhal sebelum undi pelbagai kata dan janji ditaburkan.insyallah.

    • http://-dfvd insan prihatin

      bagus…..esok2 elok mengadu kat tv3 je xpyh kat yb lg berkesan tau.

    • http://-dfvd org baik

      ye betul..biar yb tu melompat trun padang.

    • Mohd suhaimi

      Bersamamu memang ada makna yang mendalam dalam hati rakyat malaysia,kehidupan masyarakat kurang bernasib baik terbela hasil penjelajahan kru bersamamu…

    • ahmad zaki

      Assalamualaikum.

      Saya adalah di antara para penonton yang selalu menonton rancangan Bersamamu terbitanTV3. Saya turut bersimpati dengan golongan yang memerlukan ini dan pernah menyumbang sedikit sebanyak melalui sms, kerana itu yang saya termampu.

      Saya memikirkan ada cara lain yang boleh memberi impak yang lebih besar kepada mereka ini, terutamanya yang berpenyakit kencing manis/jantung/darah tinggi/kanser/ kulit spt eczema/psoriasis dll. Ada suatu produk yang dinamakan SNE yang telah berjaya membantu dalam merawat penyakit-penyakit tersebut dalam jangkamasa yang amat singkat.

      Jiran kawan saya sudah disahkan sembuh dari sakit kanser buahdadanya oleh doktor di SJMC. Sebelum ini, beliau telah membuang buahdada kirinya, tetapi kemudian telah ada 5 benjolan di sebelah kanannya pula. Ada juga kes yang mempunyai jantung tersumbat kerana kolestrol tinggi. Tetapi setelah pengambilan SNE, tidak perlu lagi melakukan pembedahan “bypass”. Ini telah diakui oleh doktor di IJN. Dan banyak lagi kes-kes penyakit lain, terutama sekali yang berpenyakit kencing manis.

      Saya sebagai ahli biasa ingin menawarkan produk ini dengan harga ahli iaitu RM180 untuk sekotak 60kapsul. Dengan itu, pihak tuan bolehlah memberi produk ini kepada yang memerlukaan sebagai sebahagian daripada sumbangan.

      Saya rasa, dengan cara ini bantuan yang akan diberikan itu menjadi lebih bererti apabila penerima itu menjadi lebih sihat.

      Jika pihak tuan ingin bertanya sesuatu, bolehlah menghubungi saya di no 018-2686371.

      Semoga pihak tuan akan dapat menerima buah fikiran saya ini, seterusnya dapat kita bersama-sama menyumbang kepada yang memerlukan.

      Sekian, terima kasih.

      Wassalam.

      Ahmad Zaki

    • Nonie

      Salam.

      Saya ingin menyelitkan satu kisah abang saya yang boleh dikatakan hidup susah. Dia kini tidak dapat bekerja dan berada di ICU kerana baru disahkan menghidapi angin ahmar. Dia mempunyai isteri dan lapan org anak. Isterinya tidak bekerja kerana mengalami masalah kurang pendengaran dan 6 dari 8 org anaknya masih bersekolah. Yang sulong mengalami masalah kurang pendegaran ingin meneruskan pelajaran tetapi terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah pendengaran disamping terpaksa menyara adik2. Boleh dikatakan adik beradiknya berpotensi dalam pelajaran terutama anak kedua yang mendapat PMR 5A, 2B dan 1C tahun lepas.

      Di sini saya ingin meminta pandangan adakah keluarga abang saya ini layak utk menyertai program ini. Tujuan saya agar pihak program bersamamu tv3 dapat menunjukkan saluran yang sepatutnya diambil oleh keluarga ini serta khidmat nasihat dalam menempuh hari akan datang. Terutamanya dalam bidang pelajaran.

    • ziela

      Assalammualaikum
      saya adalah penonton setia rancangan bersamamu .tapi saya ketingalan menonton rancangan pada 20/01/2010.bagaimana cara untuk saya menonton ulangan secara onliner

    • Azlin Bt Zainal Arif

      Saya tiada komen cuma saya perlu bantuan dlm bentuk tenaga pekerja terutama bagi membantu org2 yang susah dalam program Bersamamu dikawasan Shah Alam selangor untuk bekerja dgn saya di samping dapat membantu pendapatan mereka. Sekian terima kasih

    • mohd faiz

      salam
      kami pelajar uitm mcm mana nak join bersamamu…. sapa2 blh tolong

    • Shima

      Salam….
      Saya ingin mencari keluarga yg pernah disiarkan di dlm rancangan Bersamamu yg lps. ( 2hb Jun 2010 ). Dulu saya pernah menjenguk keluarga nie..tetapi saya ingat dh stabil…tetapi bila disiarkan di tv baru2 nie…teringin sekali saya menjenguk mereka . Saya tahu mereka di S.2 Shah Alam..tapi bila saya cuba cari semula…x jumpa plak…suasana dh lain sikit. Harap pihak tuan dpt membantu saya.

    • roslan

      saya nak berkongsi sedikit tentang seorang warga emas yang tengah uzur berumur 99 thn di kg.mentadak baru pulau sebatik tawau sabah,yang mana beliau sehinggah kini masih belum mendapat bantuan untuk membaik pilih rumah yang mana sedang jalankan di kampung beliau.keadaan rumah yang telah usang itu boleh dikatakan bila bila masa sahaja untuk runtuh.saya berharaf kepada pihak pihak tertentu untuk memberi bantuan segera.untuk maklumat lanjut boleh menhubungi cucu beliau di no 0135580835 puan hayati tahir.sekian terima kasih.

    • simpanti nasib ibu

      kg sri gambut pakan nenas,pontian.jamilah binti md shariff,suaminya meningal dlm kmalangan diikuti anak perempuannya juga meningal dlm kmalangan 2thn selepas suaminya,hidup tampa bantuan dari sesiapa.tinggal dirumah usang yg menunggu masa menyembah bumi disebapkan tiang rumahnya yg sudah hampir patah.musim pilihan raya sudah 2kali adun setempat datang melihat rumahnya yg sudah sengat, atap bocor, tingkap dan pintu yg sudah tidak berpungsi menjanjikan rumahnya akan diperbaiki.namun janji hanya tinggal janji habis pilihan raya apa yg dijanji juga senyap.berkerja disebuah kilang dia membesarkan 2 lagi anaknya yg masih bersekolah.setiap kali dia bertemu ketua kg utk mohon bantuan rumah jawapan yg diterima tidak layak.sebaliknya rumah penduduk yg masih elok pula yg menerima bantuan rumah baru.miskin dipandang hina biarpun sedara-sedarah sekampung tiada yg memandang. bapak saudara yg memegang amanah geran tanahnya juga bertindak tidak mahu menyerahkan tanahnya semula.

    • Masniza Ahmad

      Taman Pulai Indah Johor Bahru…untuk pengetahuan bersamamu, saya ada sorang jiran nie yang dlm kesusahan yg teramat sangat. Si polan nie bekerja sebagai pemandu lori angkat sampah yang mempunyai anak seramai 7 org..6 daripadanya bersekolah, masalahnya sekrg si polan menghadapi kesusahan kerana rumahnya akan dilelong pada 21/10/10 akan datang nie..kereta kena tarik, anak2 makan hanya sekali dalam satu hari…sedih sgt..saya rasa dia pun x tahu nak mengadu kat sapa lagi…jiran2? tau mengumpat saje bukannya simpati atau ikhtiar mcmmana kita nak tlg org susah nie, diharap kepada pihak TV3 yg membaca keluhan saya ni dapatlah kiranya membantu insan yg memerlukan ini.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK