Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Bernie Chan, Nell Ng, Nurakhtar Dalam Drama FRONTPAGE



Pada 7 September ini, sebuah drama suspen terbaru berjudul FRONTPAGE yang akan menemui penonton Saluran Ceria Anda, NTV7.

NTV7, The Star dan Juita Viden dengan bangganya memperkenalkan FRONTPAGE, drama bersiri tempatan berunsurkan wartawan penyiasatan yang pertama kali ditayangkan di kaca TV. Drama satu jam ini juga turut memaparkan babak di sebalik tabir di suratkhabar harian terunggul di Malaysia.

Setiap episod hebat siri drama ini diilhamkan berdasarkan pada tajuk utama yang terpapar pada muka depan akhbar negara sejak 37 tahun lepas, dari bencana negara ke jenayah melibatkan orang awam, penculikan dan banyak lagi, beserta dialog yang tersusun rapi digabungkan dengan elemen humor mencuit hati.

Drama ini memaparkan butiran terperinci mengenai cara bekerja di akhbar harian The Voice dengan menumpukan pada kehidupan enam individu berbeza dan mempunyai personaliti berbeza. Antara pelakon Frontpage ialah Bernie Chan yang memegang watak Andrea Ng, seorang pengarang unit berita.

Tony Eusoff memegang watak Jack Lee, seorang wartawan pintar tetapi sudah bosan dengan kehidupannya. Watak Dylan Pereira pula dipegang oleh Jehan Miskin, seorang wartawan kesayangan editor. Watak Nerina Rehman sebagai wartawan baru pula dipegang oleh Cheryl Samad. Lulu & Chia, dua penulis hiburan berlidah tajam pula dilakonkan oleh Nell Ng dan Rebecca Anuar serta wartawan senior yang panas baran lakonan Nurakhtar Mohd Amin.

Sifat kemanusiaan pada setiap watak disalurkan melalui penceritaan mengenai jerih perih mereka dalam mengendalikan tugas yang tiada kepastian, serta harus mengetepikan perbedaan karakter peribadi dan profesionalisme masing-masing dalam perjuangan mereka untuk membawakan berita yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Frontpage dibawakan oleh Munchy’s sebagai penaja utama merupakan garapan Khabir Bhatia dan ditulis oleh isterinya, Mira Mustaffa. Kolaborasi pasangan ini tidak boleh dipertikaikan lagi dek kemenangan yang diraih dari filem Cinta, drama Manjalara dan terbaru filem yang telah menemui penonton iaitu filem Sepi. Memang tidak asing di kalangan penonton.

Biasanya kalau drama arahan Khabir Bhatia dan skrip pula oleh Mira… memang tak pernah mengecewakan.

Yang penting, Budiey suka drama ini kerana drama ini dirakam sepenuhnya dalam format definisi tinggi, memaparkan visual yang lebih mantap dan terperinci yang kelihatan seperti filem. Kalau pembaca menonton drama Kekasihku Seru, korang akan dapat alami kepuasannya.

Baru-baru ini, sidang media pelancaran drama ini telah diadakan di GSC, Pavilion Bukit Bintang. Diserikan dengan kehadiran para pelakonnya dan juga para penaja dan krew penerbitan. Media yang datang juga turut dihidangkan dengan tayangan episod pertama drama ini.

Bagi Budiey, drama ini akan membawa satu pembaharuan di mana variasi bahasa dipelbagaikan. Walaupun memberi keutamaan kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, beberapa episod turut memuatkan dialog dalam Bahasa Kantonis, Hokkien dan Tamil. Jalan cerita yang mantap dan plot unik setiap minggu, Budiey kira penonton akan terpesona dan tidak akan berganjak di tempat duduk.

Kepada pembaca, jangan lupa untuk menonton drama penuh suspen ini mulai 7 September di NTV7, jam 8.45 malam.

Untuk info lanjut, sila layari http://www.frontpage.my. Untuk siaran ulangan, dapatkan di Catch Up TV dengan melayari www.ntv7.com.my

Tony Eusoff

Jehan Miskin

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • Real Sin Chan Photo
  • Juara Project Runway Malaysia Final Fitri, Hatta, Alexandrea atau Felix?
  • Drama Korea Gourmet Lakonan Kim Rae Won, Nam Sang Mi di 8TV
  • AMAURY NOLASCO
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
  • Berita Palsu Jackie Chan Mati Tersebar di Twitter
  • Yumiko Cheng, Mandy Chen, Joey Yung, Vincy Yeung, Naughty Photo Scandal
  • Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  • Senarai Pelakon Utama Drama Phua Chu Kang versi Malaysia



    • naNaku

      huhuh jehan pe cite skang ” abg is ” ….hehehehhehehe nmpk mkin cute jek… rindu nk tgk jehan dlm manjalara………….. ;)

    • xXYaNaXx

      jehan???
      nape mskn???
      jehan kn kaye…
      gantang lg tuh…
      wow marvelous…
      btol ek???

    • naNaku

      hahahahha xXYaNaXx ….kalo ko tgk trek selebriti mesti ko tau npe dia pki nma miskin tuh……………… ;)

    • KuMahir

      Jehan ni adik beradik ngan gimnast negara rasa nya Faiznur Miskin



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK