in

Berita Pesawat MH370: Siaran Melodi di TV3 Tidak Disiarkan

Dalam perkembangan terkini, pihak pencari misi penyelamat penerbangan MAS MH370 yang hilang masih lagi gagal ditemui sebarang bukti atau serpihan bangkai pesawat. Semasa sidang media yang berlangsung jam 11.30 pagi tadi, kemungkinan besar pesawat tersebut patah balik ke KLIA.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussein, berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 membuat berpatah balik untuk kembali ke Malaysia.

Dalam perkembangan lain, stesen TV di Malaysia menyiarkan dan membahaskan perkembangan terkini tentang kehilangan pesawat MH370. Jadi, untuk memberi laluan kepada berita, siaran Melodi yang bersiaran jam 12.30 tengahari juga tidak akan disiarkan. Berita ini disampaikan oleh wartawan Melodi TV3, Zuan Bikin Panas.

Pihak produksi Melodi TV3 dengan ini memaklumkan bahawa tiada siaran langsung Melodi pada 9 Mac 2014 bagi memberi laluan kepada perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370. Marilah kita berdoa yang terbaik untuk situasi ini, insya-Allah.

Apa sahaja yang berlaku, marilah sama-sama kita doakan yang terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket RM500 & RM200 Fan Meeting G-Dragon, Taeyang & Seungri Habis

Abang Ipar Ameer Forteen Antara Penumpang Pesawat Hilang