in

Berita Party Budiey Ke-7 Dalam B*Pop Berita Harian

Pada hari Ahad lalu, walaupun sibuk buat liputan di Konsert Era Sayang Sabah, Budiey sempat mencuri masa terluang untuk membelek-belek akhbar sisipan Berita Harian, B*Pop. Dalam banyak-banyak berita yang dibaca, Budiey ada terlihat berita tentang Party Ulangtahun Budiey.com ke-7 yang ditulis oleh wartawan Jaydee dengan tajuk Artis Rai Budiey.com.  Terima kasih banyak kepada Jaydee dan Farihad yang sudi hadir untuk memeriahkan party pada malam tu.

Untuk anda yang ketinggalan untuk mendapatkan B*Pop keluaran Ahad lalu, Budiey ingin siarkan semula berita tersebut untuk tatapan anda semua.

Sekitar Party Budiey Ke-7

Artis Rai Budiey.com

[dropcap]S[/dropcap]esiapa saja boleh mendakwa dirinya penulis blog atas paksi dunia tanpa sempadan. Malah, ada penulis blog sesuka hati mencedok laporan berita atau kisah daripada dada akhbar serta portal hiburan lain, seolaholah berita itu diperoleh sendiri.

Ia adalah taktik untuk mempopularkan blog masingmasing termasuk menarik perhatian pengiklan atau meraih tajaan kepada blog mereka, sekali gus mendatangkan keuntungan biarpun bukan daripada usaha sendiri.

Namun, di sebaliknya, masih ada penulis blog yang terus mempertahankan etika dan nilai kewartawanan dalam melaporkan sesuatu berita atau gosip dunia hiburan, termasuklah penulis blog Budiey. comSensasi Selebriti.

Ulang tahun ketujuh

[dropcap]B[/dropcap]udiey.com kini sudah berusia tujuh tahun dan majlis ulang tahunnya diraikan dalam majlis bertemakan warna hitamputih, barubaru ini, yang dihadiri hampir 200 rakan artis, pembaca, rakan penaja dan wakil media massa.

“Tak dinafikan apabila ada cerita negatif membabitkan penulis blog, ia secara tak langsung memberi tempias kepada Budiey.com sendiri. Tetapi perlahan demi perlahan seiring usia blog ini, saya cuba meraih kepercayaan semua pihak dalam industri hiburan termasuk rakan artis, stesen TV dan penaja.

“Memang diakui ada penulis blog hanya duduk goyang kaki di rumah tetapi mampu memperoleh pendapatan lumayan, hanya menyiarkan semula cerita sensasi dari akhbar atau portal hiburan lain. Tetapi, saya terpaksa bergelut sebagai penulis blog yang bergerak secara one man show. Dalamsehari, memang tak dapat hendak buat liputan semua acara., terpaksa terkejar ke sana ke mari,” katanya.

Rakan rasmi

[dropcap]D[/dropcap]ek sikap profesionalnya itu, Budiey.com turut ditawarkan menjadi rakan blog mempromosikan acara hiburan termasuk Konsert Anuar Zain, Konsert Destini dan terbaru, Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya.

“Sebagai penulis blog yang diberi kepercayaan sebagai rakan rasmi, saya perlu meyakinkan masyarakat untuk hadir ke sesebuah konsert. Saya banyak memanfaatkan medium laman sosial Instagram untuk mempromosikannya,” kata Budiey.

Sekitar Party Budiey Ke-7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Penyanyi Marinatasha Dihalau Kerana Bertudung?

Peluang Menonton Perlawanan Final 2014 FIFA World Cup™ Dengan Maybank