in

Berita MH370 Jadi Laporan Utama Portal Berita Dunia

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370 yang mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi pada jam 10 malam tadi merupakan berita terpenting apabila dimuatkan sebagai muka depan dan tajuk utama bagi akhbar dan portal berita seluruh dunia. Awan mendung di Malaysia menyelubungi dan kesedihan terasa mendalam dan menusuk ke hati warga Malaysia ketika ini.

Sejak pengumuman itu dibuat sehingga pagi Selasa, berita tersebut masih menjadi tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar dan portal berita utama dunia. Di sebalik laporan berkenaan, tidak kurang juga portal berita yang cuba menyelitkan fakta kontroversi dan menyalahkan pihak tertentu termasuk kerajaan Malaysia.

Portal berita saluran televisyen terkenal CNN melaporkan harapan keluarga penumpang dan anak kapal sejak dua minggu lalu untuk menemui ahli keluarga mereka dalam keadaan selamat kini berkecai.

Portal berita The Telegraph pula menjadikan teori membunuh diri yang mungkin telah dilakukan sebagai tajuk berita.

Bagaimanapun portal itu gagal menyebut pihak yang memberikan teori berkenaan dan hanya mengatakan maklumat itu daripada pasukan penyiasat.

Sementara itu, Daily Mail Online pula berkongsi mengenai kesedihan keluarga penumpang di China yang kecewa dengan berita terbaharu itu.

Manakala Metro.co.uk pula menyebut keluarga penumpang China menuntut pihak yang bertanggungjawab dikenalpasti.

Portal berita itu juga menyifatkan pengumuman perdana menteri sesuatu yang lewat dilakukan serta memalukan sedang ia dibuat sejurus selepas Najib mendapat taklimat daripada pasukan penyiasat.

Selain itu, portal berita BBC pula mendakwa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dengan memetik pengumuman Najib bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.

Selain itu, ramai selebriti di laman sosial pula melahirkan kesedihan mereka.

Marilah sama-sama kita berdoa agar bangkai pesawat dan kotak hitam dijumpai secepat mungkin.

Antara yang malahirkan rasa simpati ialah Maya Karin yang dijadualkan akan melangsungkan Majlis Pelancaran dan Showcase Album Terbaru – Teka-Teki pada 1 April ini di No Black Tie jam 5 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Tunda Jom Heboh & Tukar Program TV

Lisa Surihani Prihatin Dengan Tragedi Pesawat MH370