in ,

Berehat Seketika Segarkan Diri di PETRONAS Coffee Break

Pada hari Sabtu minggu lalu, Budiey ronda-ronda sambil memandu ke utara di mana destinasi ini antara yang sentiasa korang singgah sebab kat sini ada stesen minyak PETRONAS. Selalu jugak berhenti kat sini untuk isi minyak kan?

Haaa, kat mana lagi kalau bukan di R&R Tapah. Di sana, Budiey singgah di stesen PETRONAS untuk menyaksikan pelancaran PETRONAS Coffee Break sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran PETRONAS Dagangan Berhad. Turut hadir ialah PDB MD/CEO Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus & PDB Retail Senior General Manager Shaharuddin Muhammad Sidek.

PETRONAS Coffee Break

Seingat Budiey ini adalah tahun ke-16 penganjuran seperti ini dibuat bagi kemudahan dan keselesaan pengguna. Fasa pertama kali ini diadakan pada 14-15 Februari lalu dan disambung semula bagi fasa kedua 21-22 Februari di 39 Stesen PETRONAS yang mengambil bahagian di sepanjang lebuh raya dan jalan utama utama di seluruh negara.

Memang happening betul acara kali ini sebab ada tarian singa dan yang penting semua yang datang dapat menerima pouches percuma berisi air kopi dalam tin dan biskut. Walaupun berlangsung dalam suasana yang santai, tapi semua yang datang memang excited sangat.

Secara ringkasnya, kempen ini memang elok sebenarnya sebab dapat memberikan kesegaran kepada semua pemandu dan pengguna jalan raya.

Kempen ini bertujuan untuk membantu sesiapa yang rasa mengantuk dan letih tak bermaya semasa memandu balik kampung di musim perayaan untuk singgah seketika di stesen minyak PETRONAS dengan snek ringan sebelum meneruskan perjalanan.

Coffee break pouches percuma ini berisi satu tin Wonda Premium Kopi di mana boleh didapati dalam perisa original, Latte dan Mocha serta tak lupa biskut Munchy Oat Krunch dan Lexus perisa Coklat disediakan di setiap 39 stesen PETRONAS terpilih (sepanjang lebuhraya) untuk minum kopi kasi segar mata tu semasa memandu. Oh, PETRONAS juga ada menyediakan paket ang pow untuk pengunjung.

Melalui kempen ini juga, terdapat perandingan ‘Prosperity Dip’ dimana pengunjung dan pengguna-pengguna PETRONAS berpeluang memenangi hadiah2 seperti PETRONAS gift cards dan merchandise Petronas apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM 50 di stesen-stesen PETRONAS atau membeli kombo Kedai Mesra.

PETRONAS Coffee Break

PETRONAS Coffee Break adalah acara setiap tahun dibuat di seluruh negara sejajar program keselamatan jalan raya PDB yang bertujuan untuk mendidik, melengkapkan dan menggalakkan pemandu untuk mengambil langkah-langkah keselamatan jalan raya semasa memandu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Bukan itu sahaja, PETRONAS juga berusaha sedaya upaya untuk memberi komitmennya kepada perkhidmatan keselamatan jalan raya dan pertolongan kecemasan dengan menyumbang kepada St. John Ambulans Malaysia. Kalau nak tahu, amalan PETRONAS telah dijalankan selama 21 tahun berturut-turut.

Pada tahun ini, PETRONAS turut menyumbang RM20,000 kepada organisasi untuk membantu memberikan kemudahan petrol kepada ambulans yang meronda lebuh raya utama dengan PETRONAS PRIMAX 95 yang dipertingkatkan dengan Advanced Energy Formula.

PETRONAS Coffee Break

Budiey sempat berbual-bual dengan PDB MD/CEO Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus di mana beliau berkata Kempen PETRONAS Coffee Break adalah sebahagian daripada komitmen jenama untuk lebih prihatin terhadap keselamatan jalan raya dengan menggalakkan pemandu mengutamakan keselamatan dengan menyegarkan badan dan minda dengan minuman dan makanan ringan percuma di Stesen PETRONAS.

“Menerusi kempen ini, kami ingin mengingatkan pengguna jalan raya, terutama orang-orang yang akan memandu jarak jauh untuk mengambil rehat yang mencukupi. Keletihan boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk bertindak balas kepada perubahan secara tiba-tiba, terutama dalam situasi yang mencabar seperti penggabungan atau menukar lorong, dan boleh menyebabkan kemalangan, “ kata Ibrahimnuddin.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semua rakyat Malaysia yang meraikan, Tahun Baru Cina bahagia dan makmur, dan selamat pulang,” Ibrahimnuddin membuat kesimpulan.

PETRONAS Coffee Break

Untuk info lanjut mengenai Kempen Petronas Coffee Break yang akan datang, layari : http://bit.ly/1Dkrmqe atau ikuti MD/CEO di Twitter melalui @ibrahimnuddin untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.

Drive safely always dan bukan hanya di musim perayaan sahaja!

Gambar sekitar Pelancaran Coffee Break di PETRONAS R&R Tapah

PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break
PETRONAS Coffee Break

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahrol, Adi Fashla & Tauke Kini Bergabung Dalam SATE

Ini Mungkin Peluang Untuk Anda Menjadi Pekerja di Emirates