in

Berbuka Puasa Dengan Tiga Sandwic Lazat di Madam Kwan’s

Kebanyakan kita sudah pun biasa dengan menu istimewa Madam Kwan’s seperti Nasi Bojari, rendang daging lembut yang dimasak dengan rempah enak dan kari ayam beraroma yang memang cukup sesuai dimakan bersama nasi; tetapi terdapat beberapa tambahan baru yang lazat kepada senarai menu untuk masa terhad.

Madam Kwan’s mencipta tiga jenis sandwic berdaging yang mudah dikunyah dan lazat yang cukup sesuai untuk berbuka puasa dengan kombinasi sempurna protein, sayur-sayuran dan karbohidrat menerusi edisi terhad sandwic baru Rendang Daging, Kari Ayam dan Daging BBQ.

2. Madam Kwan with her special dishes for Ramadan and Raya

Setiap sandwic mengetengahkan roti sandwic ciabatta bermentega yang dipanggang sedikit, disertai kubis iceberg, hirisan tomato, hirisan bawang, kubis coral merah dan timun segar namun isi kandungannya yang membuatkan ia benar-benar istimewa.

Sandwic rendang daging disediakan dengan resipi tradisional istimewa Madam Kwan’s yang disertai perasa termasuk serai dan kerisik manakala versi daging BBQ terdiri daripada 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang dan disalut sos berperisa salai istimewa milik restoran berkenaan.

Sandwic kari ayam pula disediakan dengan 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang, disalut dengan sos kari berkrim Madam Kwan’s yang menyerlah dengan beberapa rasa seperti kelapa, kunyit dan bunga kantan.

Promosi istimewa ini berlangsung mulai 17 Jun sehingga 16 Julai dan berharga RM24.90++. Setiap sandwic didatangkan dengan jejari kentang goreng dan satu jag sirap bandung.

“Setiap sandwic mengetengahkan sesuatu yang saya cipta secara peribadi dan gemari dan saya benar-benar teruja untuk melihatnya dihidangkan menerusi cara baru yang unik persembahannya namun rasanya tetap tradisional,” kata pengasas jenama berkenaan, Kwan Swee Lian, atau Madam Kwan sebagaimana dikenali dalam kalangan peminat makanan.

“Saya sangat gembira menghidangkan hidangan baru ini kepada para pelanggan saya. Saya pasti mereka akan menikmati hidangan ini seperti mana saya seronok menghasilkan hidangan ini,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Datin Maureen Ooi berkata, “Setiap sandwic adalah gabungan kepakaran Madam Kwan’s melibatkan rempah Asia dan perasa Malaysia dengan roti klasik Itali yang sesuai untuk berbuka puasa kerana ia mudah dimakan, penuh dengan perisa dan tekstur, yang dihidang dengan saiz yang tepat.”

“Meskipun ia satu gabungan perasa dan terdiri daripada roti berbanding nasi, ia tetap sebahagian daripada falsafah Madam Kwan’s untuk menyediakan hidangan yang benar-benar Malaysia kerana rakyat Malaysia sentiasa mempunyai cara yang enak untuk mengubah sesuatu kepada cara yang kita gemari,” tambah Ooi.

Menu terhad itu boleh didapati di semua restoran Madam Kwan’s yang terletak di Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Shopping Centre, pusat beli-belah One Utama, Empire Shopping Gallery, Sunway Pyramid dan pusat beli-belah Alamanda.

Nantikan food review BudieyBuddies di restoran Madam Kwan’s tidak lama lagi di Youtube Channel kami.

1_Buka puasa with Madam Kwan's Ramadan sets

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Serlahkan bakat memasak Dalam Pertandingan Masak & Menang Mahsuri

Senarai Pemenang Pertandingan InnerShine® Seri Singing Contest