in ,

Benjy Mengaku Tidak Bersalah Memiliki Syabu

Pelakon Benjy mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu.

Selain Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, lima rakannya termasuk dua orang wanita turut dihadapkan ke mahkamah yang sama atas tuduhan berkenaan iaitu Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27 dan Afifi Hamidi, 27. Bagaimanapun hanya Zain Amir sahaja mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes tersebut selain mengarahkan setiap tertuduh masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,800 dengan seorang penjamin.

benjy

Akhbar sebelum ini melaporkan Benjy yang juga anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu bersama lima rakannya ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini pada pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Benjy juga dilaporkan bertidak kasar dengan menghalang jurugambar daripada merakamkan gambarnya ketika dia dibawa ke mahkamah majistret di sini sehari selepas kejadian untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat. Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring – Sensasi Selebriti

Zizan Razak Jawab Isu Tag Emma Maembong di Instagram