in ,

Benjy Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah

Pelakon Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap pindaan pertuduhan memiliki dadah, Jun lepas. Turut mengaku tidak bersalah ialah empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27.

Manakala seorang lagi rakan mereka Zain Amir Zainal Khairi, 37, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan itu, didenda RM4,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. Zain Amir membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengekalkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima tertuduh dan menetapkan 11 Oktober depan untuk sebutan kes.

BENJY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada VIP Tawar Soo Wincci RM30,000 Jadi Peneman

Dina Nadzir Menang Anugerah di Unsigned Only Music 2013