• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Bella & Fatin Tersingkir dari Vokal Musim 2

0
  • by Budiey
  • in TV3
  • — 6 Dec, 2012

SELAMAT TINGGAL BELLA & FATIN
Nadeera & Mar Berjaya Ke Pusingan Separuh Akhir VOKAL 2

Selepas hampir 2 bulan bertarung di pentas VOKAL 2, akhirnya Bella dan Fatin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan seperjuangannya, Nadeera dan Mar. Konsert mingguan VOKAL 2 yang berlangsung pada hari Rabu yang lalu menyaksikan 4 finalis wanita, Nadeera, Mar, Bella dan Fatin berentap untuk merebut tiket ke pusingan separuh akhir.

Bella (paling kiri) dan Fatin (3 dari kiri) tersingkir dari VOKAL 2

Bermula dengan 11 finalis yang berjaya melepasi pusingan ‘blind audition’, kini hanya tinggal Nadeera, Mar, Uchop, Yus, Abang dan Adli yang masih kekal bertanding dalam VOKAL 2 untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000!

Siapakah yang bakal menyertai Nadeera dan Mar di pusingan separuh akhir nanti? Saksikan pusingan battle 4 finalis lelaki pada minggu hadapan.

Bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam, VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim ke-2, konsert VOKAL 2 minggu ketujuh dimulakan dengan persembahan daripada Nadeera, finalis yang berjaya menduduki tangga paling atas pada minggu lalu dengan lagu stacy,’Pelangi Senja’.

Seterusnya, Fatin pula menyusul dengan lagu ‘Ilusi’, nyayian asal oleh Adira. Tampil sebagai peserta ketiga, Mar mempersembahkan sebuah lagu Inggeris ‘You Know I’m No Good’ yang dicipta sepenuhnya dan dinyanyikan oleh mendiang Amy Winehouse. Bella pula mempertaruhkan lagu ‘Laksamana Raja Di Laut’ bagi membuktikan kemampuannya untuk terus kekal dalam VOKAL 2.

Seperti minggu-minggu yang sebelumnya, peserta yang akan disingkirkan ditentukan oleh juri tetap VOKAL 2 selepas mengharungi pusingan ‘battle’. Kali ini, 3 finalis yang mendapat markah paling rendah mempersembahkan lagu Shila Amzah ‘Patah Seribu’ dalam usaha merebut peluang terakhir mara ke pusingan separuh akhir.

Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata,

“Secara keseluruhan, para finalis telah menunjukkan prestasi yang memuaskan. Namun, mereka tidak harus leka dan perlu fokus dalam pertandingan ini kerana persaingan semakin sengit dan masa semakin suntuk untuk merebut peluang ke peringkat akhir. Malam ini adalah sangat penting bagi kumpulan wanita untuk menunjukkan bakat sebenar sebelum ditemukan dengan 2 finalis lelaki yang berjaya di peringkat separuh akhir. Bagi peserta yang gagal ke pusingan seterusnya, jangan berputus asa dalam memburu impian untuk bergelar seorang penghibur.”

Bagi musim kedua ini, VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan ‘Rutin Vokal’. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.

Di samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat peserta VOKAL 2 menerusi RUTIN VOKAL yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi ‘Rutin Vokal’ penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.

VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Untuk yang mengundi hanya perlu menaip VOKAL/VOKAL5nama peserta dan hantar ke 33399. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak 50sen. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan ‘JUARA VOKAL ONLINE’. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter @ TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

Bella membuat percubaan baru dengan lagu berentak zapin 'Laksamana Raja Di Laut'

Bella, Mar dan Fatin terpaksa mengharungi pusingan battle dengan lagu Shila Amzah 'Patah Seribu'

Nadeera muncul sebagai peserta terbaik di konsert VOKAL 2 ke-7 menerusi lagu Pelangi Senja

Fatin menyampaikan lagu Ilusi

Mar dan Nadeera mara ke pusingan separuh akhir VOKAL 2

Mar mempertaruhkan lagu Amy Winehouse 'You Know I'm No Good'

Mar dan Nadeera mara ke pusingan separuh akhir VOKAL 2 (b)

Bella dan Fatin tersingkir

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: BellaFatinGambar VokalPemenang Vokal 2Video VokalVokal Musim 2

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Najwa Latif & Tasha Manshahar Perform di Showcase GUAkustika
  • Next story Telefilem Komedi Siapa Tipu Siapa Lakonan Amy Mastura & Syed Aiman

ENTRI BERKAITAN

  • Drama Terbaru di TV3 Naziha & Bukan Bidadari di Slot Zehra & Lestary 14 Jun, 2012
  • Rakaman Program SEJUTA IMPIAN TV3 Bermula 21 Apr, 2011
  • Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu 6 Aug, 2010
  • Gambar Prank Bang Bang Boom Musim Baru di TV3 15 Mar, 2008

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.