in

Bell Menang Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival

Bell mewakili Malaysia di majlis Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) 2014 yang telah diadakan baru-baru ini pada hari Jumaat, 28hb Mac 2014 di Hong Kong Convention dan Exhibition Centre (HKCEC) dan berjaya membawa pulang anugerah Persembahan Vokal Terbaik.

HKAMF yang memasuki tahun ke-empat penganjurannya, adalah sebuah acara muzik tahunan bagi rantau Asia yang dianjurkan oleh International Federation of the Phonographic Industry (IFPI) – Kumpulan Hong Kong.

Festival ini terdiri daripada Persembahan Muzik HKAMF, Pertandingan Asian Super Nova oleh artis-artis yang mewakili 7 negara Asia, bersama satu sesi forum perniagaan bertajuk “Modal Perniagaan Baru untuk Muzik di Asia” yang diadakan untuk membincangkan tentang perkembangan terbaru sektor muzik dari segi media baru dan format produk baru dalam industri. Tema bagi HKAMF 2014 masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu “Muzik Dalam Satu Asia”.

Bell winning the HKAMF Best Vocal Performance Award

Bell memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF)

[dropcap]A[/dropcap]rtis-artis popular yang menyertai Persembahan Muzik terdiri dari Suengri, salah seorang ahli kumpulan BIGBANG dari Korea, Zhang Wei dan TABISIHAN TASIKEN dari acara popular “The Voice of China” dari Tanah Besar China, Miriam Yeung dari Hong Kong, Kenji Wu dari Taiwan, Noriko Sakai dari Jepun, Tanya Chua dari Singapura dan Eric Moo dari Malaysia.

Peserta-peserta bagi pertandingan Asian Super Nova adalah dicalonkan oleh wakil industri muzik masing-masing dari China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura dan Malaysia. Calon-calon bagi tahun 2014 ialah Quan Zhendong dari Tanah Besar China, J.Arie dari Hong Kong, Hans Tsou dari Taiwan, TarO&JirO dari Jepun, Ming Bridges dari Singapura, N-SONIC dari Korea, dan Bell juga dikenali “Bell 宇田” dari Malaysia.

Anugerah-anugerah yang menjadi rebutan pada malam tersebut ialah “Anugerah Persembahan Pentas Terbaik”, “Anugerah Persembahan Vokal Terbaik” dan “Anugerah Asian Super Nova”. Dalam pusingan pertama pertandingan tersebut, calon harus mempersembahkan lagu sendiri; tiga peserta dengan markah tertinggi akan berpeluang untuk naik ke pentas buat kali kedua untuk menyampaikan sebuah lagu dari penyanyi lain dengan cara tersendiri. Peserta yang memperoleh markah tertinggi akan memenangi Anugerah Asian Super Nova HKAMF 2014.

Bell performing her own song _Dai Wo Zhou_ (Take Me Away), which impress..._1

Panel penilai pada malam tersebut terdiri daripada wakil-wakil dari tujuh negara. Mereka termasuk En. Wangju dari Tanah Besar China, En. Eric Kwok dari Hong Kong, Cik Kay Huang dari Taiwan, En. Taku Takahashi dari Jepun, En. Hwang Sei-Joon dari Korea, En. James Kang dari Singapura dan En. Norman Abdul Halim dari Malaysia.

Bell telah dicalonkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk bertanding, berdasarkan kemenangan beliau dalam kategori Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Cina yang dianjurkan pada bulan Julai tahun lepas, yang dikelolakan oleh RIM. Beliau memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik HKAMF melalui persembahan lagu hit beliau, “Dai Wo Zou” (Take Me Away).

Beliau layak bersaing dalam pusingan kedua dan telah mempersembahkan lagu popular Cheer Chen Chi Chen bertajuk “Yu” (Fish). Walaupun pemenang yang akhirnya dinobatkan Anugerah Asian Super Nova ialah wakil dari Hong Kong, J-Arie, tetapi Bell tetap merasa dirinya dihargai. Beliau berkata:

“Kumpulan MOJO yang mewakili Malaysia telah memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik tahun lepas. Oleh itu, saya memang telah merasakan sedikit tekanan dari awal. Akan tetapi saya berfikir bahawa saya perlu bertenang dan memberikan persembahan terbaik saya untuk para juri dan penonton. Ini merupakan satu pengalaman berharga untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi muzik dengan penyanyi dari negara lain, dan saya merasakan ianya adalah amat bermakna untuk saya!”

“Apabila pengacara mengumumkan saya telah memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik, saya bagaikan tidak percaya. Ini merupakan persembahan saya buat kali pertama di Hong Kong selepas pelancaran album saya. Saya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan ramai penyanyi yang bagus dan berbakat dari negara Asia yang lain. Saya ingin berterima kasih kepada pihak RIM dan HKAMF untuk peluang yang telah diberikan kepada saya untuk mempersembahkan bakat dan muzik saya di luar Malaysia. Saya juga berharap supaya diberi peluang untuk membuat persembahan di Hong Kong lagi di masa hadapan”, tambah Bell.

Bell receiving the Best Vocal Performance Award trophy from Mr Norman Ab...

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur

Zoe Saldana Duta Jurucakap Produk Antarabangsa L’Oréal Paris