Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Beego Hantar 31 SMS Ugutan dan Rayuan Kepada Intan Shahira



Petikan dari Harian Metro.

Budiey BlogPelakon drama bersiri Puteri, Beego, menghantar sekurang-kurangnya 31 SMS berbaur ugutan dan rayuan kepada isterinya, Intan Shahira, tanpa mengira masa.

Bapa mentua Beego, pensyarah di Jabatan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mohd Shahru Bahari, berkata kiriman SMS itu menyebabkan plaintif, Intan Shahira, 27, menderita.

“Kiriman SMS itu tidak kira masa, ada masanya ketika plaintif berada dalam mesyuarat, sedang berjumpa pelanggan dan waktu tidur. Pada 4 Julai lalu juga, defendan masih menghantar SMS. Intan Shahira tidak tahan dengan keadaan itu lalu menghantar kepada saya semua SMS itu. Saya perhatikan defendan tidak matang, tidak bersedia mengharungi alam perkahwinan. Dia bukan orang yang sesuai jadi suami anak saya. Kami tidak faham dengan ugutan yang diberikan, tidak faham sama ada ia berniat tidak baik atau sebaliknya,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Dr Mohd Shahru memberi keterangan dalam prosiding permohonan fasakh oleh Intan Shahira terhadap Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 28.

Menjawab soalan balas peguam syarie plaintif, Marlina Amir Hamzah, beliau berkata, walaupun anaknya menderita dengan tindakan itu, Beego masih mengirim SMS seperti itu.

Menjelaskan isi kandungan SMS terbabit, Dr Mohd Shahru berkata, ia menggambarkan seolah-olah Beego mempunyai orang upahan untuk mengikuti pergerakan plaintif.

Sebelum itu, ketika diminta menjawab sama ada beliau dan isteri merancang supaya anak serta menantunya berpisah, Dr Mohd Shahru menafikan perkara berkenaan.

Dengan nada sebak, beliau berkata tindakannya semata-mata memenuhi tanggungjawab sebagai bapa yang diminta pertolongan anak perempuannya itu.

“Saya tidak mahu semua ini berlaku sampai ke peringkat mahkamah sehingga dibicarakan di media. Ayah mana akan membuat perkara sama seperti apa yang saya lakukan. Saya mohon maaf kepada plaintif kerana membiarkan dia menanggung beban. Saya minta maaf pada semua yang terbabit. Bukan tujuan saya untuk membuka aib. Apapun saya menyebelahi anak saya. Saya juga mohon maaf kepada nenek defendan kerana dia orang yang baik. Ini bukan perancangan saya, ini kehendak Yang Maha Kuasa,” katanya

MARLINA: Berhubung isu peguam defendan mencadangkan Dr memaksa plaintif untuk berkahwin dan Dr ada menjawab tidak mempunyai pilihan lain, apa maksudnya?

MOHD SHAHRU: Plaintif meminta saya tidak meneruskan perkahwinan, tetapi masa yang diberi terlalu suntuk untuk saya membuat keputusan yang singkat. Semua persiapan sudah dibuat. Saya terpaksa gunakan kuasa sebagai seorang ayah untuk teruskan pernikahan ini. Dalam hati kecil, saya berharap masih ada peluang mungkin apabila pernikahan diteruskan, hati plaintif akan berubah.

MARLINA: Dr kata pada ketika itu, plaintif menyatakan keengganannya, bagaimana yang Dr faham ketika itu?

MOHD SHAHRU: Dia (Intan Shahira) kata ‘I’m scared’ (saya takut), tetapi ketakutan itu tidak dijelaskan kepada saya. Saya tergamam, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dia juga kata ‘I cannot see myself living with him for the rest of my life’ (Saya tidak dapat melihat diri bersama dia seumur hidup saya). Sepanjang majlis pernikahan, plaintif menangis. Dia menoleh beberapa kali kepada ibu dan sepupunya yang berada di belakang. Ketika itu saya yakin dalam hati saya membuat kesilapan, sepatutnya saya tidak teruskan.

MARLINA: Pada sidang lalu, Dr tidak setuju dengan cadangan peguam mewakili defendan, bahawa Dr dan isteri yang merancang untuk memutuskan hubungan plaintif dan defendan?

MOHD SHAHRU: Kalau kami yang rancang, saya tidak akan mengeluarkan belanja begitu banyak, sediakan majlis perkahwinan untuk semua orang ingat. Terlalu banyak wang, tenaga dan tanggungjawab digunakan, jadi jika kata kami yang rancang, ia tidak benar.

MARLINA: Apa yang menyebabkan Dr meneruskan perkahwinan mereka?

MOHD SHAHRU: Saya pegang kepada janji defendan iaitu ketika mereka berhajat untuk bertunang, keluarga datang merisik sehingga tiga jam sebelum pernikahan. Saya pegang janji dia yang mahu berubah sikap, solat, tidur serta janji untuk mendidik isteri yang dinikahi ke jalan Allah, tetapi dia tidak lakukannya.

Beego yang hadir ditemani ibu serta beberapa orang saudaranya diwakili peguam syarie, Md Noor Md Din.

Perbicaraan bersambung esok.

Tags: , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang
  • Gambar Intan Ladyana & Kamal Adli di ABPBH2010
  • Gambar Kekasih Intan Sarafina di Pulau Andaman
  • Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG
  • Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008
  • Intan Ladyana Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010
  • Drama Berek Lakonan Sharifah Shahira, Ani Mayuni, Norseha
  • Teater Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
  • The Apprentice: Martha Stewart Kini Di 8TV
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      what a loser…..fat.. blonde and dumb. then again what do u expect from a malaysian actor eh?

    • jobi

      shahira2….x yah la nak heboh2…dasar x tau malu.

    • naNaku

      alaaaa wt pe nk kecoh2 internal problem nie…shahira nie suke kontroversi erk…ngada seh……… :P

    • wendy

      kalau dai taknak n scared..apesal dia tak putuskan hubungan sblm dorang nikah dulu kan? yelah…org dah taksuke mmg macam2 la citer yg keluar kan..kan…
      semua kenyataan sekarang byk memihakkan kepada kesalahan beego..
      kesian beego…
      tabahkan hati ajer la ekk…
      kemungkinan utk rujuk balik ni memang takder kot..

    • naNaku

      rujuk aper wendy oiii… hmm kahwin pun 10 ari jek….. tu ar pasal sume nk letk kt bahu beego…alaaa shahira pura2 la 2…x leh dgr sblh pihak jek… x adil taw… :P

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      kwin 10 hari? wow is that a new record? that easily beat Natasha Hudson by a mile and a hlaf! congrats beego. i will personally send in the record request to malaysian book of record

    • mawar

      ntah le..ssh nk ckp skang..xtau sape yg slh..yg tu kate ni..yg ni kate tu..tp sian gak kt beego..nmpk xtrurus die..dh mcm ape jek..pd hal beego tu pnya le ensem..psl kawen 10 ari tu, xpelik le..skang ni mcm2 bleh jd..huhu..lg pn dieorg dh ‘kawen’ sblm ni kot..sbb ari tu aku ade tgk pic dieorg honeymoon kt australia rsanye..msa tu blum nikah lg..hoho..opps.. :p

    • poyo je..

      bkn ke diorg kawin suke sama suke, camne blh jd camni, x fhm tullah artis2 ni, diaorg anggap nikah kwin ni cam tukar bju, suke pakai, x suke campak je, ishhh3…

    • shin chanz

      2 la jd nye bl x sekufu…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK