in ,

Beebey Penyampai Era Fm Sabah Selamat Bernikah

Beebey, penyampai ERA fm Sabah telah pun selamat bernikah degan jejaka pilihannya Mohd Khairul Niezam bin Mohd Effindi atau lebih mesra dengan panggilan Beejay pada 29 Mei 2015 lalu.

Majlis pernikahan penyampai radio ini berlangsung secara langsung secara eksklusif di ERA fm Sabah pada jam 1 petang hingga 4 petang secara eksklusif. Turut hadir pada majlis hari itu adalah rakan-rakan penyampai ERA fm Sabah sendiri seperti Ily, Christ dan ramai lagi. Dengan menggunakan hashtag #BeebeyKawin, orang ramai dapat berkongsi sama detik-detik bermakna buat penyampai Beebey bersama para pendengar.

Beebey Penyampai Era Fm Sabah Selamat Bernikah

Beebey atau nama penuhnya Shaidattul Izwanna binti Ismail, merupakan gadis kecil dan mesra ini mengenali tunangnya Mohd Khairul Niezam bin Mohd Effindi atau lebih mesra dengan panggilan Beejay, sejak dari tingkatan 4 lagi di Sekolah Menengah Teknik Likas. Kisah percintaan mereka sehingga harini mencecah hampir 8 tahun. Dengan restu kedua-dua keluarga, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 26 Mei 2012. Lebih 3 tahun mengikat tali pertunangan, kini Beebey dan pasangannya memilih tarikh 29 Mei 2015 sebagai hari pernikahan mereka. Majlis pernikahan tersebut berlangsung jam 2 petang di rumah pengantin perempuan di Taman Sri Kinarut. Majlis persandingan mereka pula jatuh pada 30 Mei 2015 jam 11 pagi di kediaman orang tua Beebey di Kinarut

Kata Beebey, “Daya tarikan yang ada pada Beejay, adalah kerana dia merupakan seorang lelaki yang penyayang, matang dan pandai mengambil hati saya walaupun pada mula perkenalan kami, dia adalah seorang yang pemalu dan pendiam. Semua yang ada padanya, membuatkan saya memilih dia sebagai teman hidup saya.”

Semoga kalian berdua bahagia hingga ke syurga. Selamat pengantin baru daripada Budiey.com.

Beebey Penyampai Era Fm Sabah Selamat Bernikah

Beebey Penyampai Era Fm Sabah Selamat Bernikah

Beebey Penyampai Era Fm Sabah Selamat Bernikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelab Peminat Buat Kejutan HariJadi Ke-21 Untuk Aisyah Aziz

Gambar Watak dalam Filem Mission Impossible Rogue Nation