in ,

Bayi Pertama Fahrin Ahmad Lahir di Hari Jadi Isteri

Pelakon, Fahrin Ahmad, meraikan ulang tahun ke-39 isterinya, Elena Eleas dengan kelahiran anak sulung, hari ini. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan secara normal petang tadi di KPJ Damansara, di sini. Aktor terbabit turut berkongsi khabar gembira berkenaan di laman sosialnya.

“Saya dan isteri sangat bersyukur. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar. “Proses bersalin secara normal, bayi lelaki seberat 2.7 kilogram (kg) selamat dilahirkan pada jam 4.15 petang tadi dan sihat dibantu doktor yang sangat berpengalaman Toh Puan Dr Maziah Ahmad Mahidin.

“Ia pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya sebagai suami. “Menunggu dan melihat isteri melalui proses itu…berada di sisinya semasa bersalin dan melihat saat bayi keluar serta diberi keizinan memotong tali pusat bayi, mengazan dan mengiqamatkan ke telinganya cukup indah,” katanya.

Menurut pelakon Pilot Cafe itu, beliau bersyukur segala dipermudahkan.

“Isteri dan anak selamat tanpa sebarang komplikasi.Tanggungjawab dan amanah sebagai ayah sudah bermula dan tak dilupakan ingatan kepada ibu yang melahirkan saya. “Satu kebahagiaan berganda tiba 29 September kerana tarikh lahir anak kami sama dengan tarikh lahir Elena. Kira gurauan saya.. tahun ni hari lahir Elena, saya hadiahkan dia anak jadi kenyataan,” katanya.

Ketika ini, bayi sulung mereka itu belum diberikan nama. Fahrin dan Elena bernikah pada Mei 2015.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAS Minta Maaf, Bagasi Che Ta Sudah Dipulangkan

Pesta Minum Kopi Beramai-ramai di LRT Masjid Jamek Meriah