in ,

BATTLESTAR GALACTICA MUSIM KETIGA

BATTLESTAR GALACTICA
TV Siri Hit Amerika Berdasarkan Sains Fiksyen Telah Kembali Dengan Musim Ke-3

TX: Setiap Sabtu, mulai 27hb September 2008
Jam: 10.30mlm – 11.30mlm

Berita baik untuk peminat sains fiksyen! TV siri hit Amerika yang juga merupakan pemenang Anugerah Emmy,  Battlestar Galactica telah kembali dengan musim ke-3 dan bakal disiarkan di skrin TV anda mulai 27hb September 2008, pada hari Sabtu jam 10.30 malam.

TV siri ini mengemukakan Edward James Olmos sebagai Komander William Adama dan Mary McDonnell sebagai Presiden Laura Roslin. TV siri yang popular ini mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan manusia dari Koloni Manusia Dua Belas yang masih hidup selepas pemusnahan yang dilakukan oleh Cylon.

“Battlestar Galactica telah kembali dengan lebih banyak drama dalam musim ke-3 ini. Saya pasti semua peminat akan berasa teruja untuk mengetahui apa yang berlaku selepas episod terakhir bagi musim ke-3,” kata Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Kim juga bertambah,“Dalam pada itu, sesetengah kritik mengatakan musim ke-3 ini merupakan yang paling bagus kerana penonton boleh melihat perubahan setiap karakter dan lebih banyak lagi plot-plot yang tidak dijangka,“

Battlestar Galactica mengisahkan tentang kehidupan krew Battlestar Galactica di angkasa lepas di dalam sebuah koloni kapal perang militari yang bakal dihapuskan sebelum kejadian yang menandakan permulaan saga.

‘Kejadian’ yang berlaku dalam kes ini adalah suatu serangan nuklear yang membinasakan Koloni Dua Belas yang didiami manusia oleh Cylon, yang hampir memusnahkan golongan manusia. Cylon yang pada mulanya dicipta oleh manusia untuk berkhidmat sebagai hamba dan tentera, akhirnya memberontak.

Galactica menjadi tempat perlindungan bagi golongan manusia yang terselamat – kurang daripada 50,000 yang terselamat dari serangan tersebut atau yang telah menjadi sebahagian dari krew-krew Galactica.

Musim ke-3 Battlestar Galactica memulakan semula hidup mereka di New Caprica, di mana coloni tersebut mendapati mereka di bawah awasan Cylon pada akhiran musim lepas.

Dr. Baltar (James Callis) telah dipilih sebagai Presiden menurut tujuannya untuk berhenti mencari Bumi dan terus mendiami New Caprica, tetapi kini telah menjadi boneka Cylon, dipaksa menandatangani arahan perlaksanaan untuk banyak golongan manusia, termasuklah bekas Presiden Roslin (Mary Mcdonell).

Dicipta oleh Ronald D. Moore, siri ini mendapat pelbagai penghargaan kritikal dan telah memenangi anugerah Emmy, Peabody, Hugo dan Saturn. Siri ini telah mula disiarkan sejak Oktober 2004 di United Kingdom dan Ireland menerusi Sky One (saluran TV) dan di Amerika Syarikat menerusi Saluran Sains Fiksyen pada tahun 2005.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang drama bersiri ini, jangan lupa untuk tontoni 8TV pada setiap Sabtu, mulai 27hb September 2008 jam 10.30 malam. 8TV juga disiarkan di Astro Saluran 708.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GOGELAVANI & THIAGA RAJAN TERUJA MENYAMBUT PESTA CAHAYA

NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3