Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Battlestar Galactica Lakonan Edmund James Olmos di 8TV

Battlestar Galactica – Siri TV Sains Fiksyen Terhangat di Amerika kini di 8TV

Hari: Setiap Isnin
Masa: 9.30 malam – 10.30 malam

Berita baik buat penggemar drama-drama berunsur sains fiksyen! Drama bersiri terhangat di Amerika Syarikat yang telah memenangi anugerah Emmy, Battlestar Gallactica kini disiarkan di 8TV pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

Drama siri popular ini menonjolkan Edmund James Olmos sebagai Komander Wiliam Adama dan Mary McDonell sebagai Presiden Laura Roslin mengisahkan tentang perjalanan hidup manusia dari ‘Twelve Colonies of Man’ selepas pencetusan nuklear dari ‘Cylons’.

“Kami di 8TV amat teruja dengan kedatangan musim baru Battlestar Gallactica kerana penonton dapat merasai unsur-unsur suspens yang terdapat dalam drama ini apabila takdir bayi Sharon dibongkar, kekejaman manusia dan kesudahan kisah cinta Starbuck,” menurut Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul.

Kisah ini mengikuti perjalanan hidup krew Battlestar Gallactica, yang merupakan askar kapal perang ‘Colonial’ yang hampir dihancurkan sebelum kelahiran ‘Saga’.

Punca utama peperangan dalam drama ini ialah apabila ‘Cylon’ menyerang menggunakan serangan nuklear ke atas ‘Twelve Colonies’ yang hampir memupuskan seluruh keturunan manusia sejagat. Pada mulanya ‘Cylons’ dicipta oleh  manusia untuk berkhidmat sebagai askar dan hamba memberontak sebelum menentang pencipta mereka.

‘Gallactica’ telah menjadi tempat perlindungan kepada yang mereka terselamat dari perang atau anggota-anggota ‘Galactica’ yang kurang dari 50 000 orang.

Battlestar Gallactica telah menarik perhatian penonton seluruh dunia dengan unsur-unsur sains fiksyennya yang lebih menonjolkan kuasa kejahatan berbanding dengan drama-drama sains fiksyen yang lain.

Drama bersiri ciptaan Ronald D. Moore telah menerima pelbagai anugerah seperti Emmy, Peabody, Hugo dan Saturn. Drama ini pertama kali disiarkan pada bulan Oktober 2004 di United Kingdom dan Ireland di saluran Sky One. serta di Amerika melalui saluran ‘Sci Fi’ pada 2005.

Untuk mengetahui kesudahan tentang drama bersiri hangat ini, pastikan anda terus menonton 8TV pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam atau secara alternatif melalui saluran 708 di Astro.

Technorati Tags: , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • BATTLESTAR GALACTICA MUSIM KETIGA
  • BATTLESTAR GALACTICA di 8TV
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • Fairil Emran, Anding Indrawani & Melissa Campbell Dalam Ghost
  • Paul Blart Mall Cop Movie Trailer Poster Synopsis
  • Synopsis The Enchanted: Dari Fantasi ke Alam Realiti
  • Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV
  • Sekitar Pra Tonton Filem Histeria Lakonan Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah
  • Gambar Selebriti di Premiere James Bond Quantum Of Solace
  • 27 DRESSES Very Cute



  • 2 Komen untuk entri “Battlestar Galactica Lakonan Edmund James Olmos di 8TV”

    1. Rinie kata:

      cayalah Budiey! Battlestar Galactica pun u announce kat sini!!
      masa i muda belia mmg suka betul tgk cerita nie (Star trek tak minat)… tapi rasanya tak de masa nak tgk tv now..

      anyway, keep up the good work. tabik spring!!! :)

    2. Peminat Battlestar kata:

      Apalah kamu. Tak tahu pun nama pelakon utama Battlestar Galactica. Namanya EDWARD James Olmos… bukan Edmund.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!