in

BATTLESTAR GALACTICA di 8TV

Penjelajahan diteruskan bersama

BATTLESTAR GALACTICA

di 8TV

Drama bersiri yang popular Musim ke-4 akan menemui anda tidak lama lagi!

Tarikh Siaran : 23/1/2010, setiap Sabtu

Masa : 10.30 malam

Jumlah Episod : 23

Ikon drama sains fiksyen dunia, Battlestar Galactica kembali dengan musim terbaru di 8TV bermula 23 Januari 2010 ini, setiap hari Sabtu jam 10.30 malam.  Drama sains fiksyen yang telah menerima banyak pujian luar biasa selama bertahun-tahun ini akan menemani barisan program-program hebat yang lain di 8TV pada tahun 2010 ini, melalui musim ke-empatnya.

Battlestar Galactica musim ke-4 mengisahkan mengenai pelarian beberapa koloni manusia dari planet lain, mencari jalan ke bumi. Koloni manusia ini adalah antara yang terselamat dari peperangan di antara robot (Cylon) dengan manusia. Mereka mengembara ke seluruh angkasa, mengutip pelbagai petunjuk yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka untuk kembali ke bumi yang mana merupakan satu-satunya harapan mereka untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Sepanjang pengembaraan, pelbagai kepayahan perlu ditempuhi; pergolakan politik, rampasan kuasa, pertempuran angkasa dengan kumpulan Cylon, keputusan bekalan asas, konflik budaya dan kepercayaan, perselisihan pendirian dan banyak lagi.

Antara plot menarik yang lain termasuklah perjalanan misteri Kara Thrace yang membawa tanda tanya apabila beliau mengaku bahawa beliau telah turun ke bumi untuk memimpin manusia di sana dan juga pengisytiharan Giaus Baltar iaitu seorang pengkhianat manusia yang telah membantu Cylons secara senyap.

Barisan pelakon yang menjayakan drama ini ialah Edward James Olmos, membawakan watak Captain William “Bill” Adama, dan seorang lagi pelakon  pernah tersenarai dalam percalonan Acadamy Award iaitu Mary McDonnell yang melakonkan watak sebagai President Laura Roslin.

“Dengan plot cerita yang menarik dan juga jalan cerita yang berkesan, Battlestar Galactica  musim ke-4 adalah salah satu drama hasil dari pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam sejarah pembikinan drama. Kami amat gembira kerana stesyen televisyen kami dapat kepercayaan untuk menyiarkan drama ini, bersesuaian dengan aliran rancangan yang kami janjikan kepada penonton setia 8TV iaitu kami hanya menawarkan rancangan pilihan yang terbaik dari luar negara.”  kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Jangan lupa menyaksikan siri drama hebat yang di adaptasi dari filem – Battlestar Galactica musim ke-4, setiap hari Sabtu, jam 10.30malam bermula 23 Januari 2010 ini hanya distesen hip 8TV.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Casablanca

Trailer & Behind The Scenes Kapoww: Atoi The Ajaib Boy