in

Barisan Artis Nasional

APAKAH BARISAN ARTIS NASIONAL?
Sebuah pertubuhan yang menghimpunkan sekalian penggiat-penggiat seni / artis di Malaysia di bawah nama Barisan Artis Nasional. Ia ditubuhkan pada dasarnya adalah sebagai platform menghimpunkan penggiat seni dan artis tempatan bagi menyokong sektor pelancongan di Perak secara terancang dan konsisten.

Barisan Artis Nasional

DEFINISI BARISAN ARTIS NASIONAL
BARISAN – membawa maksud seangkatan satu kelompok yang bersatu dan bersama-sama, bersepakat dan berdiri teguh, sama-rata dan saksama dalam satu wajah, dalam satu suara.

ARTIS – yang dimaksudkan adalah individu professional (sepenuh masa) yang menjadikan cabang kemahiran seni termasuk seni persembahan (lakonanh, tari, muzik, seni halus dan tampak, seni reka dan visual (tv, video,filem) dan lain-lain sebagai bidang kemahiran mereka.

NASIONAL – merangkumi seluruh negeri, merangkumi seluruh bangsa dan kaum di Malaysia.

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

MENGAPA TERTUBUH?
Kerajaan negeri Perak menerusi Tourism Perak percaya bahawa golongan artis adalah salah satu komponen penting di dalam usaha mempromosi pelancongan Perak ke serata negara. Selain berbakat dalam bidang seni dan hiburan, artis dilihat mempunyai hubungan yang sangat terbuka dengan umum, berkemahiran dalam bidang interaksi dan komunikasi selain mempunyai kewibawaan mempengaruhi dan menjadi contoh kepada masyarakat umum.

Ini dibuktikan menerusi perlantikan Dato’ AC Mizal sebagai Duta Pelancongan Perak lantas melanjutkan wawasan itu kepada perlunya diwujudkan satu kesatuan yang dapat menghimpunkan golongan artis untuk tujuan yang sama.

Pelbagai aktiviti pelancongan, lawatan seni dan budaya yang dapat mendedahkan keunikan budaya masyarakat Perak telah dirancang sepanjang tahun dan ingin dilaksananakan dengan sebaik mungkin. Penglibatan artis dan selebriti dijangka mampu memberi impak dan kemeriahan yang lebih besar.

Barisan Artis Nasional

SIAPA KUMPULAN PENCETUS?
Pertubuhan ini diasaskan penubuhannya oleh Dato’ AC Mizal sebagai Presiden disamping Datin Emylia Rosnaida, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan beberapa nama lain sebagai AJK Penaja yang awal sebelum pemilihan jawatankuasa tetap / rasmi dibuat kelak.

Pertubuhan ini sedang giat menyenarai dan mengundang golongan artis yang ingin bekerjasama untuk mendaftar sebagai ahli pertubuhan lantas sama-sama berganding bahu menyemarakkan agenda pelancongan Perak lantas mencipta pelbagai manfaat yang menguntungkan persatuan dan kesemua ahli-ahlinya.

SIAPAKAH YANG MENAUNGI?
Dari objektif dan matlamat baik kesan dari penubuhannya di Perak, maka pertubuhan yang baru lahir ini telah diutarakan kepada YB Dato’ Hamidah Osman, Pengerusi jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan & hal Ehwal Wanita Negeri Perak yang dengan penuh setuju, menerima perlantikan beliau sebagai Penaung, barisan Artis Nasional.

YB Dato’ Hamidah jugalah orang yang bertanggungjawab membawa usul kepada perlantikan Dato AC Mizal sebagai Duta Pelancongan Perak 2012.

APAKAH PRINSIP BARISAN ARTIS NASIONAL?
Menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanahair yang berpendirian teguh dan menyokong Kerajaan pemerintah.

Bersatu sebagai sebuah pertubuhan berasaskan kesenian dan hiburan yang menyokong dan membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan masyarakat yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan

Barisan Artis Nasional tidak akan menyokong sebarang anasir-anasir yang cuba meruntuhkan perpaduan, kejejahteraan dan kedaulatan negara, menjunjung Kerajaan Berparlimen dan mengamalkan prinsip- prinsip Rukunegara dan menyokong penuh wawasan 1 Malaysia.

Barisan Artis Nasional adalah pertubuhan yang berani untuk menyatakan pendirian dan menyuarakan pendapatnya nya dalam semua hal ehwal yang merangkumi urusan profesionalisme dan kemahiran, perkembangan industri dan pengkormesilan, sumber manusiadan kebajikan ahli-ahlinya.

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

APAKAH FAEDAH MENYERTAI BARISAN ARTIS NASIONAL?
Bagi langkah yang pertama ini, Barisan Artis Nasional hanya berhasrat untuk memberikan ruang dan peluang pekerjaan kepada ahli-ahli dalam siri aktiviti yang sudah dirancang dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012 bagi menambah pendapatan ahli-ahli.

Faedah-faedah lain yang semestinya menguntungkan ahli-ahli pertubuhan akan sama-sama dicadang dan dipersetujui oleh semua ahli dari masa ke semasa.

Cabaran pertama adalah; Apakah kita masih dapat berhimpun dan melaksanakan hanya sebahagian perkara-perkara yang kecil, sebelum kita berdegar-degar memperjuangkan misi-misi hebat yang kemungkinannya sekadar propaganda yang memburukkan keadaan?

APAKAH SYARAT MENYERTAI BARISAN ARTIS NASIONAL?
Anda mestilah penggiat seni profesional yang pernah melahirkan hasil kerja dan karya yang telah diterbitkan.

Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

MAJLIS PELANCARAN ARTIS BARISAN NASIONAL
Pada tarikh 20 April 2012 yang bersejarah ini, dibawah naungan YB Dato’ Hamidah Osman bersama Tourism Perak dan YAB Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dengan berbesar hati menerima kelahiran penting ini menerusi satu acara sambutan Pelancaran Barisan Artis Nasional.

Seramai 30 Artis dari kelompok pertama telah secara rasmi menjadi ahli persatuan akan hadir ke Perak untuk dialu-alu dan diraikan dengan jayanya. Maka sejarah pun mula terukir…

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Paparan Istimewa Majalah 3 Ops

Paan Paiz Lakonan Zahiril Adzim & Zalif Sidek