in ,

Baki Zainal Kembali Dengan STEP FORWARD Musim Ke-10

Dokumentari Cina pertama terbitan 8TV – STEP FORWARD kembali untuk musim ke-10! Dokumentari berbahasa Mandarin yang dihoskan oleh Baki Zainal ini tampil dengan 15 episod dengan paparan yang pastinya lebih hebat. STEP FORWARD akan menemui penonton setiap Ahad jam 9.30 malam bermula 21 September 2014 eksklusif di saluran hip 8TV!

MUSIM KE-10 akan membawa penonton menerokai budaya dan cara hidup penduduk tempatan di beberapa lokasi terkenal antaranya Bali Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia Timur dan Pahang.

Empat episod yang pertama telah dirakamkan di BALI. Penonton akan mendapat pengetahuan yang meluas tentang pertanian rumpai laut di kawasan Ceningan yang terletak di belakang Pulau Lembongan di sebelah pantai timur, mempelajari pertanian garam tradisional di kampung Kusamba, meluncur ombak di beberapa pantai indah di Bali dan mendapat gambaran yang jelas tentang ‘Projek Muntigunung’ yang bertujuan untuk membangunkan kawasan-kawasan pedalaman dan miskin.

Episod lima hingga lapan pula akan memberikan fokus kepada budaya masyarakat di bahagian MALAYSIA TIMUR. Bagi kaum Dayak di Sarawak, tatu dianggap boleh menangkis roh-roh jahat dan tatu-tatu ini direka oleh artis yang dikatakan berkomunikasi sebagai pengantara untuk mendedahkan reka bentuk tatu. Selain itu, penonton akan berpeluang untuk mengetahui asal-usul perlumbaan perahu ‘Baram Regatta’. Episod tujuh pula akan memaparkan struktur memancing menggunakan ‘Bagang’ yang diperbuat daripada buluh untuk menangkap ikan bilis di Sabah. Sementara itu menerusi episod lapan, penonton akan dibawa untuk merasai pengalaman berakit di jeram yang menarik di Padas dan Kiulu di Sabah.

Baki kemudiannya meneruskan perjalanan ke PAHANG untuk menangkap ikan Toman, sejenis spesis ikan gergasi yang banyak ditemui di Sungai Tahan.

“Saya rasa amat bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dalam rancangan ini. Ini merupakan tahun kelima saya bersama produksi STEP FORWARD dan saya cukup teruja untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan penonton semua!” ujar Baki.

“Apa yang istimewa tentang musim terbaru ini ialah bagaimana paparan yang disiarkan lebih terperinci dan membawa anda meneroka keindahan dan rahsia lokasi-lokasi yang tersembunyi sekaligus memberikan para penonton perspektif baru tentang tempat-tempat yang kami lawati ini,” tambah Baki.

Saksikan BAKI ZAINAL dalam kembara luar biasa dalam STEP FORWARD MUSIM KE-10, yang akan menemui penonton setiap Ahad, jam 9.30 malam bermula 21 September 2014 di 8TV.

Anda juga boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran anda secara percuma di saluran 708 atau menerusi www.tonton.com.my.

Baki Zainal

Baki Zainal

Baki Zainal

Baki Zainal

Baki Zainal

Baki Zainal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meet & Greet Bersama Maya Karin di TGV Aeon Tebrau City

Payslip Lancar Single Sulung di Spotify