in , ,

Baby Shima Kini Jadi Artis Terbaru KRU Music

BABY BARU INDUSTRI MUZIK

Baby Shima sosok yang agak asing bagi penggemar muzik tanahair. Berbekalkan pakej yang serba lengkap untuk bergelar seorang artis, serta mendapat sentuhan magis komposer ternama Edry Abdul Halim. Baby Shima dilihat mampu berdiri sebaris dengan bintang-bintang baru yang sedia ada di pasaran sekarang.

Memegang gelaran sebagai Juara Bintang Idola Berita Harian 2010 sekaligus menjadikan ini sebagai tiket untuk beliau menyinar di dalam industri muzik tanahair.

Permata seni yang berusia 19 tahun ini pada awalnya sekadar mencuba nasib tanpa menyedari bahawa bakat dan personaliti semula jadi yang dimiliki beliau kini membawa dirinya ke peringkat yang lebih tinggi.

Baby Shima kini bernaung di bawah bendera KRU Music Sdn. Bhd serta perjalanan karier hariannya diuruskan oleh syarikat milik penyanyi terkenal Adam AF, iaitu AiCO Empire Group.

“Tak Sabar” lagu berkonsep “happy & catchy” ini sudah mula di putarkan di stesen radio tempatan sejak awal November 2012. Konsep ini juga selari dengan penampilan kulit album serta persembahan Baby Shima sendiri. Persediaan single album ini mengambil masa hampir dua bulan untuk siap sepenuhnya.

Beberapa siri promosi sudah pun dijalankan sebelum ini antaranya Baby Shima merupakan artis residen untuk semua acara anjuran akhbar Berita Harian, antaranya siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Malah beliau juga pernah mendapat peluang keemasan beraksi di atas pentas Anugerah Bintang Popular pada tahun 2010.

Perancangan awal telah dilakukan untuk penggambaran klip video lagu ini yang bakal di jalankan pada bulan Ogos 2012. Dengan mengekalkan konsep lagu dan kulit album, klip video “Tak Sabar” ini bakal menjanjikan sesuatu yang istimewa dimana Baby Shima bakal tampil menari di dalam klip video terbabit. Nantikan tayangan eksklusif klip video ini di stesen TV tempatan tidak lama lagi.

Anda boleh mengenali Baby Shima dengan lebih rapat dan mengikuti perkembangan beliau di laman sosial Facebook, http://www.facebook.com/pages/Baby-Shima/181815841843404 .

MUAT TURUN – TAK SABAR

• Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*231488# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my.

• Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*127887# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.

• Bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0131386 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my.

• Bagi U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*312422# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Baby Shima

Baby Shima

Baby Shima

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Litup Sempena Hari Lahir Ke-34

Video Stacy Nyanyi Lagu Pelangi Senja Stacy di Malam Bersama Bintang