in

Baba’s Cu-bits

Sememangnya tidak boleh dinafikan perhubungan antara rakyat kita dengan makanan. Tidak kira keturunan atau pengalaman hidup, persamaan antara kita adalah percintaan kami se-Negara dengan aroma dan rasa sajian yang lazat. Dari subuh hingga senja, insan-insan kita boleh sahaja ditemui beratur untuk mendapatkan juadah-juadah yang digemari. Mungkin kerana kebanyakan dibesarkan disuap bersama, kami lebih selesa berkongsi masa ini dengan keluarga atau kawan. Itulah unsur-unsur yang menjadi dasar evolusi kulinari yang bakal menjadi “trend” tempatan terbaru!

Bukan sekadar cara hidangan yang disediakan “comeh-comeh” ala “novelle cuisine”, keunikan inovasi kulinari tempatan terbaru yang digelar “cu~bits” ini adalah juga dari segi gabungan resipi-resipinya yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru. Sebagai “Power Lunch” yang ringan sesama rakan sekerja, santapan petang seisi keluarga ataupun alas perut teman sejiwa, program masakan “BABA’S cu~bits” akan memperkenalkan peminatnya kepada trend kulinari ini yang menekan pada dasarnya iaitu kelazatan hidangan dan berkongsi bersama

Dengan resipi-resipi yang mudah disediakan, “cu~bits” membolehkan kita menikmati pelbagai rasa dari sajian yang dihidangkan….tanpa rasa kesal kemudiannya, yang sering dirasai!

TV3 dan BABA’S mempelawa korang untuk menonton di kaca TV3 untuk mengalami evolusi kulinari baru “cu~bits” ini dalam program masakan “BABA’S cu~bits” yang bakal diterbitkan bersama. Satu majlis pelancaran akan diadakan bagi memberi peluang untuk mengenali hos dan kru produksi program “BABA’S cu~bits”. Antara selebriti popular tanahair yang akan memeriahkan majlis tersebut ialah Chef Kamarul, Radhi Khalid, Andy Flop Poppy, Jacyln Victor, Didie Alias dan Accapan.

Sidang Media Jaclyn Victor KRU Music

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rooftop Penanda Aras Baru Program Hiburan NTV7

Larian Hari Olimpik 2012