in , ,

Babak Intim Awie & Erra Fazira Terpaksa Dikurangkan?

Pada jam 3 petang semalam, Budiey sempat meninjau persiapan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain di sesi latihan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya. Di sana,

Budiey sempat menemubual pengarah dan penulis skrip konsert yang bermula 3 Mac ini itu iaitu Erma Fatima. Menurut Erma Fatima, nampaknya setelah apa yang berlaku, di mana Erra Fazira bercerai, beliau terpaksa mengolah dan merombak semula kerana Erra Fazira masih berada dalam tempoh edah.

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan di Konsert Teaterikal Suara Kita

Erma Fatima menghormati permintaan Erra Fazira agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan untuk mengelakkan umpatan dan kejian orang ramai. Erma berkata, dia memahami situasi Erra yang sedang dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas perceraiannya selain dia juga tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.

“Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu. Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu.”

Untuk info lanjut, korang boleh tonton video temubual Budiey bersama Erma Fatima kat atas ni. Selain Erra dan Awie, Konsert Teaterikal Suara Kita turut menampilkan Ziana Zain dan ia bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Awie, Erra Fazira, Ziana Zain

Pada 18 Februari lalu Erra, 40, mengejutkan peminat dunia hiburan apabila dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini selepas tujuh tahun hidup bersama.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.

Jelas Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas nanti.

“Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami.”

Dalam pada itu, Erra mengakui agak penat sepanjang menjalani latihan teater berkenaan kerana perlu mempersiapkan diri dari segi lakonan, nyanyian dan tarian.

Bagaimanapun dia yakin dapat memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka pada pementasan itu nanti.

“Paling saya bimbang kerana perlu menyanyi secara ‘live’ dan sudah lama tidak berbuat demikian membuatkan saya sedikit gementar.”

Antara lagu yang bakal dipersembahkan oleh Erra adalah Pasrah, Jendela, Cinta Abadi dan Yang Terindah Hanya Sementara.

Awie, Erra Fazira, Ziana Zain
Awie, Erra Fazira, Ziana Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisdawati Tetap Berdiam Diri & Fokus Dengan Ibadah Umrah

Nat Geo People Mendedahkan Indentiti On-Air Yang Baru