in ,

Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun. Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Berita pemergian Azmil dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar tadi.

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

“Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” katanya.

Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem GAME NIGHT

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem DEATH WISH