in

Azlan & The Typewriter Lancar Single Terbaru MATA HATI

Penyanyi Azlan & The Typewriter muncul dengan single terbaharu berjudul Mata Hati. Mata Hati merupakan runut bunyi (OST) kepada filem Juvana 2 yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 29 Oktober 2015.

Lagu ini adalah hasil ciptaan Omar K, Audi Mok dan Azlan sendiri, ia diterbitkan oleh Seventeen Eleven Music bersama Filmscape. Mata Hati dihasilkan mengikut jalan cerita dan sinopsis filem Juvana 2 yang secara khususnya tentang pemberontakan jiwa yang dilalui oleh watak-watak utama filem itu iaitu Daim (Zahiril Adzim) dan Botak (Johan As’ari).

Filem Juvana arahan Faizal Ishak turut dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Nad Zainal, Shera Ayob, Adam Shahz, Hasnol Rahmad dan Zaidi Omar. Dalam pada itu, pembikinan lagu ini mengambil masa selama sebulan termasuk proses rakaman dan penggambaran muzik video.

Muzik video Mata Hati boleh ditonton secara rasmi di laman Youtube Seventeen Eleven Music bermula 7 Oktober 2015.

AZLAN & THE TYPEWRITER

Penyanyi : AZLAN & THE TYPEWRITER
Lagu : MATA HATI
Komposer : Omar K, Azlan & Audi Mok
Lirik : Omar K, Azlan & Audi Mok

Verse 1
Segalanya prasangka
Berbisik rahsia
Terlepas di mata

Siapa yang menyangka
Sebuah cahaya
Mengundang celaka

Pre chorus
Biar lusuh
Biar keruh
Takkan pudar darahku

Bila hapus
Bila hancur
Bila kabur dunia ku
Bila kau yang hilang dari genggaman ku

Chorus
Bukalah.. Mata hati mu
Biar hati terus berkata
Biar terus bercahaya

Dengarlah
Suara jiwa
Suara yang kian meronta
Melayang mencari nama mu

Verse 2
Di depan ku bencana
Yang akan ku langgar
Yang akan ku sita

Semua t’lah ku sedar
Tak kan ku lupakan
Tak kan ku siakan

Bridge
Tersesat ku dalam nada
Merasuk di minda
Yang meminta minta
Mengejar bayangan mu

AZLAN & THE TYPEWRITER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Good Night All-Starz Bersama Bekas Penyampai Radio di iM4U fm

Malaysia Urban Retreat Festival MURFEST 2015