Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Azizah Ariffin Pengacara Kes Syariah di TV9



Kejayaan program-program berbentuk ilmiah di samping hiburan seperti  Akademi  Al-Quran, Al-Kuliyyah, Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz dan Halaqah telah mencetuskan inspirasi kepada TV9 dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menerbitkan program “Kes Syariah”.

Bagi memeteraikan kerjasama antara keempat-empat pihak ini, satu majlis menandatangani kerjasama diadakan pada hari ini antara CH-9 Media Sdn Bhd (TV9) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda; Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Datuk Hj. Ibrahim B. Lembut; Presiden kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Haji Zainul Rijal B. Abu Bakar dan Dekan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Media Prima Berhad, Dato’ Sri  Farid Ridzuan.

Menurut Encik Bukhari Che Muda, “Ini merupakan kerjasama pertama kami dalam menerbitkan sebuah program bicara majalah yang padat dengan informasi berdasarkan kepada fakta-fakta sebenar. Kes Syariah ini akan memaparkan pelbagai isu undang – undang Islam yang bukan sahaja mengenai kekeluargaan seperti nikah, kahwin, cerai, malah ianya juga akan mengupas isu harta, faraidh dan banyak lagi.”

“Kami amat berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kerana sudi untuk bekerjasama dengan kami dan yang paling utama memberi kepercayaan kepada kami dalam menerbitkan program Kes Syariah ini. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan terutamanya dalam mendidik masyarakat untuk memahami apa yang terdapat di sebalik bilik mahkamah syariah dan juga isu-isu yang sering diperdengarkan di mahkamah syariah ini.”
 
Menerusi Kes Syariah ini, penonton berpeluang mendengar kes-kes yang melibatkan selebriti-selebriti terkenal tanahair, tokoh-tokoh korporat dan juga orang awam di samping temubual eksklusif antara plaintif, defenden dan diakhiri dengan kesimpulan oleh pihak mahkamah syariah. Antara isu-isu yang bakal dipertikaikan adalah pengesahan pernikahan, talaq, poligami, tunggakan nafkah anak, hak penjagaan anak-anak, pengesahan lafaz cerai, faraidh, harta pusaka ajaran sesat dan banyak lagi.

Kes Syariah bakal menemui penonton pada setiap Khamis, jam 9.30 malam selama setengah jam bermula 19 Februari ini secara langsung dari Studio 4 Glenmarie Shah Alam bersama hos berpengalaman Azizah Ariffin. Program ini diterajui oleh penerbit eksekutif Zainal Ariffin Ismail dan penerbit Mohd Fasil Mohd Idris.

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pengacara TV3 Azizah Ariffin Kahwin dan Bersanding
  • Kes Syariah di TV9
  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru
  • Segmen Masakan Babas TV3
  • Rakaman Rumah Terbuka Wanita Hari Ini & Nona
  • Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
  • Zizie Izette & Bung Moktar Kahwin Tanpa Izin
  • Faizal Yusof, Ayu Raudhah, Azza AF Dalam Drama Wadi Rahmah



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      i never realised she now wear tudung………

    • june

      sweet jer..

    • suka-suka jer

      obefiend >> benda baik tak penah realised tp kalau tak baik sume je tau…hahaha

    • zaa_ikram

      huahua..btol3..hm..mmg bgus penghijrahannya nih..mga segalanya berkekalan dan sentiasa dibawah hidyah ALLAH..aminn.. anyway, bagus rancangan nih, baik jugk utk isteri2 utamanya..

    • sue angels

      SALAAM..& SYABAS for this GREAT NEW TV SHOW!! Actually i really need help regarding my court-case too but HOW and WHERE CAN I FIND THOSE HELP?? Please help me, Puan Azizah!!
      I want to fight for my rights and of course for my 2 kids too!!
      I’m waiting to hear A.S.AP from u.
      Thank you so much.

    • erene_81

      perkahwinan saya skrg d landa masalah. saya mmpunyai beberapa persoalan ttg undang2 syariah dan persoalan agama. saya ingin tahu adakah mana2 website yang blh saya kemukakan persoalan dan nasihat.

    • nurlida

      puan,saya nurlida.saya dan suami telah buat perjanjian sekiranya suami ada perempuan lain jatuh saya talak 3.sekarang tak ada kalau satu hari nanti suami ada perempuan lain jatuh@ tak talak tu.adakah jatuh sekiranya si suami tak lafaz?cuma dia bersetuju dengan perjanjian itu.adakah perkataan talak itu boleh ditarik balik?sekiranya sekarang dia belum ada perempuan lain?

    • http://- Nor Morrina bt Zainal Abidin

      Assalamualaikum puan,

      Saya adalah peminat rancangan ‘Semanis Kurma’ terbitan pihak puan dan amat mengagumi Dato Ustazah Ba’ayah dan suaminya dalam memberikan tip-tip dan ajaran Islam yang cukup cantik dan sempurna untuk kita melayari kehidupan yang sementara ini, alhamdullilah.

      Mereka juga tegas dalam menegakkan hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w. biar apapun. Alhamdulilah.

      Namun begitu, saya ingin memberi sedikit pandangan peribadi atau mungkin tidak keterlaluan untuk saya bangkitkan isu berkenaan iaitu tetamu jemputan yang terdiri daripada golongan artis ini.

      Adalah lebih beretika dan mulia sekiranya pihak puan dapat menasihati tetamu jemputan wanita ini supaya mengenakan tudung kepala.

      Kenapa dibiarkan tetamu jemputan samasekali tidak bertudung?
      Keterlaluan kah kalau kita, sebagai penerbit meletakkan syarat supaya setiap tetamu jemputan harus memakai tudung yang sepatutnya? Ini adalah kerana rancangan Semanis Kurma boleh diibaratkan seperti majlis ilmu yang mendapat baraqah dan diberkati Allah.
      Kita sedia maklum dengan gaya hidup golongan artis dinegara kita ini dan saya berpendapat inilah satu-satunya cara pihak puan dapat mendidik sahsiah dan akidah mereka secara tidak langsung. Jikalau didalam lakonan drama, kita dapat melihat bagaimana mereka boleh berlakon “bertudung litup”, kenapa kita tidak boleh menegur atau mengalakkan mereka bertudung didalam majlis ilmu yang mulia ini?
      Janganlah kita biarkan mereka mencampur adukkan gaya hidup mereka diluar sana dengan cara mereka berdepan dengan para ulama’, para ustaz dan ustazah.
      Kenapa dibiarkan mereka berpakaian sedemikian, malah ada segelintir tetamu jemputan ini dengan bangganya menunjukkan fesyen rambut tertentu dan pada saya, ini cukup memalukan!
      Tidak salah untuk kita mengajar mereka sekurang-kurangnya menghormati ustaz, ustazah dan tokoh ulama yg dijemput dimajlis ilmu ini.
      Wajarlah sekiranya pihak puan dapat meletakkan syarat dan etika untuk golongan ini atau sesiapa sahaja yang menjadi tetamu jemputan (perempuan) supaya lebih menghormati dan sensitif dengan suasana majlis apalagi majlis agama yang sesungguhnya mendekatkan lagi kita dengan keredhaan Allah.
      Bagi para penonton distudio, semuanya bertudung, kenapa pula tetamu jemputan dibiarkan tidak bertudung samasekali?
      Ini bukanlah masalah peribadi seseorang tetapi ini adalah majlis ilmu yang seharusnya mendapat keredhaan Allah dan bukankah sesuatu majlis ilmu agama itu mendapat payungan para Malaikat Allah?

      Saya harap isu ini mendapat perhatian pihak puan dan mampu membuat sedikit perubahan didalam rancangan yang akan datang.

      Yang lemah, kita bantu.
      Yang jahil, kita beri ilmu.

      Sekian, terimakasih.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK