in ,

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Pelakon dan primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun telah meninggal dunia pada Selasa pukul 7.29 malam di Pusat Perubatan Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor selepas lima tahun bertarung dengan penyakit barah (tumor) dan lymphedema

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Azean dimasukkan ke pusat perubatan itu mulai seminggu lalu dan dilaporkan mula berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami komplikasi hati sejak Isnin malam lalu.

“Dia mula tidak sedarkan diri sejak tengah malam Isnin,” kata Faisal Mustaffa, teman rapat keluarga seniwati itu.

Menurut Faisal, ahli keluarga Azean serta beberapa teman rapat keluarganya kelihatan berada di hospital sejak petang Selasa.

“Ahli keluarganya sangat tabah kerana arwah telah mula menderita sejak lapan tahun lalu,” tambah Faisal lagi.

Seniwati itu mula menghidap penyakit barah payudara, namun keadaanya mula serius apabila barah itu mula menjangkiti bahagian otaknya. Azean juga turut menderita dengan lymphedema yang dihidapi akibat dari penyakit barah itu.

Sejurus selepas seniwati itu meninggal dunia, jenazahnya telah dibawa pulang ke kediamannya di 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Seniwati itu mempunyai tiga orang anak termasuk Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy yang juga merupakan seorang pelakon.

Sewaktu hayatnya, anak seni berbakat besar ini pernah membintangi lebih 20 filem dan pernah merakamkan album. Beliau juga pernah dianugerahkan beberapa anugerah filem di peringkat tempatan dan antarabangsa. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ramai juga selebriti yang mengucapkan salam takziah, antaranya:

My heart breaks as I hear of this news. Al-fatihah dan Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Azean Irdawaty. Lisa tidak akan lupa pesan arwah Mama Yan pd Lisa smpai bila2 in shaa Allah. She was the epitome of strength and had a beautiful heart. Al-Fatihah. Moga roh arwah Mama Yan dicucuri Rahmat Allah Swt dan ditempatkan bersama golongan yg beriman. – Lisa Surihani

Kak Yan da tiada lagi..Seniwati hebat & tersohor Malaysia telah pulang kpd Pencipta NYA Saya rasa lemah bila dpt berita ini.. Seorang lagi Insan Seni yg tiada ganti nya akan dirindui.. Dia redha dgn sakitnya dan tidak pernah berputus asa utk memulihkan dirinya demi suami, anak2, keluarga dan peminat2 nya.. You are in a better place now Kak Yan. . We will all miss your laughter, tears, joy, happiness.. A Great Actress You Are & Always Will Be.. I will always cherished the moments we spent together.. Tqvm Kak Yan for inspiring others to be as professional as you are..Including me.. Mari kita sama2 hadiah kan Al Fatihah buat Allahyarhamah Azean Irdawaty Yusoff. . Moga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan didlm golongan hamba2 Allah yg beriman dan didlm Jannah Allah.. InshaaAllah..Aamiin Ya Rabbal Alamin.. – Ogy Ahmad Daud

Saya masih dlm keadaan terkejut dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Kak Azean Irdawaty, saya di Macao baru sahaja di beritahu yg beliau telah pulang ke rahmatullah awal malam ini. Semoga rohnya diletakkan di antara golongan org org yg beriman. Al-fatihah. – Afdlin Shauki

Seorang lagi insan seni yg tiada gantinya telah pulang ke pangkuan-Nya. Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Azean Irdawaty. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara, Petaling Jaya dan kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 10 pagi ini. Moga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan bersama golongan hamba2 Allah yg beriman. Al-Fatihah.

Budiey pernah beberapa kali bertemu dengan allahyarhamah di beberapa event termasuklah di event Berita Harian:

Azean Irdawaty

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Year-End Zeitgeist 2013

Jenazah Azean Irdawaty Selamat Dikebumikan