in

Aza AF dalam Sorong Papan Tarik Papan

KISAH BAPA YANG MEMBEZAKAN ANAK DALAM SLOT PANGGUNG AHAD : SORONG PAPAN TARIK PAPAN DI TV1

Ibarat kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Begitulah yang berlaku dalam diri seseorang itu apabila lebih mengutamakan orang lain berbanding anak sendiri tanpa menyedari bahawa anak sendiri itulah yang bakal membela nasib mereka kelak berbanding orang lain.

Kisah sama diangkat Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi telemovie Sorong Papan Tarik Papan pada 3 Oktober 2010 (Ahad), jam 10.05 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1 yang dijayakan wataknya oleh pelakon-pelakon seperti Jantan Osman, Kismah Johar, Abon, Nazaruddin Abu Jamil, Aza AF, Zulkifli Daud dan Yang Kassim.

sorok papan tarik papan1

Mengisahkan paparan realiti seharian seorang bapa bernama Pak Jalal yang amat kedekut dan garang terutama terhadap 3 orang anaknya iaitu Mamat, Mail dan Seri juga isterinya Mak Minah.

Pak Jalal seorang yang kaya, memiliki dusun buah-buahan serta ladang ternakan kambing yang besar. Selain Mamat dan Mail, Pak Jalal mempunyai dua orang pekerja asing iaitu Joko dan Hameed. Walau bagaimanapun, Pak Jalal sering memandang rendah terhadap Mamat dan Mail sebaliknya lebih mempercayai kedua-dua pekerjanya itu.

Mamat dan Mail pernah meminta modal sebanyak sepuluh ribu ringgit daripada Pak Jalal untuk memulakan perniagaan tetapi permintaan mereka tidak diendahkan. Mamat terpaksa memperdayakan bapanya lalu membuat helah dengan menculik adik mereka Seri dan meminta wang tebusan daripada Pak Jalal sebanyak sepuluh ringgit di samping mahu memberi sedikit pengajaran atas sikap kedekut bapanya itu.

Setelah mendapat wang tebusan sebanyak sepuluh ribu ringgit, Mamat dan Mail berhijrah ke bandar lalu menubuhkan syarikat Syarikat 2M (Syarikat Mamat dan Mail/Macam-Macam). Mereka telah berjaya di dalam perniagaan dan menjaadi pengedar utama Produk Gula Herba.

Semasa ketiadaan Mamat dan Mail, Pak Jalal jatuh sakit dan tidak dapat bangun. Joko dan Hameed yang diharapkan menjaga ternakan kambingnya telah melarikan diri bersama selori kambing-kambingnya.

Pak Jalal benar-benar berang dan mula sedar bahawa selama ini dia hanya mempercayai pekerjanya itu berbanding kedua anak lelakinya sendiri. Ketika sakit, Pak Jalal telah meminum Produk Gula Herba lalu menyembuhkan kakinya yang sakit.

Mamat dan Mail akhirnya pulang ke kampung dengan kejayaan. Mereka juga mengumumkan akan terus menetap di kampung untuk mendirikan sebuah kilang sendiri dan turut menawarkan pekerjaan kepada orang-orang kampung.

Melihat kejayaan Mamat dan Mail, Pak Jalal malu dan insaf akan kesilapannya. Beliau kini sedar betapa berbezanya sikap anak-anaknya itu dari dirinya sendiri. Namun adakah dia mampu menerima kebenaran telah ditipu oleh mereka atas ugutan penculikan terhadap Seri yang pernah dilakukan mereka dulu? Saksikan Sorong Papan Tarik Papan pada 3 Oktober 2010 (Ahad), jam 10.05 pagi di TV1.

sorok papan tarik papan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nisha Dirr & Fimie Don dalam Cucu Seorang Primadona

Life after People History Channel