Ayu Buat Gigi Baru, Album Baru Dengan Duit Sejuta?
Ayu: Saya nak buat gigi baru dengan wang sejuta tu…
Budiey: Mmm… tak pe kasi cantik sikit. Tapi tak takut suara jadi lain ke?
Tahniah Ayu!
Akhirnya, suara siapakah yang bernilai satu juta ringgit Malaysia telah pun kita ketahui. Semalam, Budiey sempat untuk menonton secara live rakaman tertunda OIAM musim kedua di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Gadis kampung berasal dari Sabah, Ayu telah berjaya membuktikan bahawa penampilan yang sederhana tanpa pakej yang lengkap, hanya, berbekalkan suara yang cukup bernilai, memungkinkan Ayu memenangi pertandingan realiti yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak satu juta Ringgit Malaysia, iaitu One In A Million.

Tahniah buat Ayu dan juga orang Sabah!
Perasaan Ayu Menang Sejuta?
Mengulas kemenangan yang berpihak kepadanya, Ayu merasakan bahawa ianya umpama mimpi menjadi kenyataan. Dia yang menyedari bahawa dari segi penampilan, Ayu agak kurang menarik berbanding dengan saingan Top 2 iaitu Shila, namun dia merasakan dapat menepis dakwaan bahawa masyarakat sekarang hanya memandang rupa dan mengenepikan kualiti vokal dalam memilih penyanyi dalam bidang seni tanahair.
Siti Sarah Tersingkir
Bila ditanya, bagaimanakah perasaannya apabila Siti Sarah diumumkan sebagai peserta terakhir yang tersingkir dari Top 3, Ayu menyatakan ianya menjadikan keyakinan dirinya semakin meningkat, kerana Ayu cukup yakin bahawa Siti Sarah bakal memenangi pertandingan ini. Ayu juga menambah, bagi persaingan Top 2 untuk merebut gelaran juara, dia merasakan Shila bukan saingan utamanya kerana persaingan sebenar adalah diri masing-masing untuk menonjolkan yang terbaik.

Ayu VS Shila
Ayu yang mula menyanyi ketika di tingkatan 4 berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah Ringgit Malaysia satu juta, termasuk wang tunai sekitar tiga ratus ribu ringgit serta perbelanjaan menghasilkan album berserta promosi albumnya. Namun, bagi Ayu, dengan kemenangan ini, dia akan membeli sebuah rumah untuk keluarganya yang menetap di Sabah, selain dia nekad untuk mengubah penampilan dirinya bersesuaian dengan statusnya sebagai artis rakaman. Bagi Shila yang hanya menjadi naib juara One In A Million musim kedua, berupaya menarik nafas lega, apabila pihak pengurusan 8TV, selaku penganjur pertandingan ini, akan mengikat kontrak pembikinan album.
Komen Shila?
Bagi Shila, ketika diminta memberikan komen mengenai kemenangan Ayu, dia merasakan Ayu sememangnya mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh jika digilap dengan betul. Bagi Shila pula, dia sendiri tidak menyangka akan ke Top 2, kerana sangkaan awalnya Siti Sarah dan Ayu akan bertanding merebut hadiah kemenangan bernilai satu juta itu.
Famili Shila Belanja RM5 ribu Setiap Minggu?
Selain dari itu, Shila juga ditanya tentang khabar angin bahawa keluarganya membelanjakan hampir Ringgit Malaysia Lima Ribu setiap minggu bagi memastikan dia layak ke peringkat akhir, Shila menjawab “Hak juri adalah untuk memberi komen, hak pengundi pula adalah untuk mengundi dan hak Allah adalah untuk menentukan kemenangan…”
Album Baru Untuk Ayu?
Menurut Encik Izham Omar, pengurus siaran bagi 8TV, dia yakin dengan keupayaan Ayu dan mereka mempunyai perancangan yang cukup, bagi memastikan nama Ayu sebaris dengan penyanyi-penyanyi tersohor tanah air. Selain dari itu, Encik Izham juga ditanya, mungkinkah kelewatan siaran ke udara selama tiga puluh minit mempengaruhi keputusan One In A Million untuk musim ini, kerana larangan siaran langsung oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dia menolak dakwaan itu dengan mengatakan bahawa pihak 8TV telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keputusan yang telus, adil dan tepat.
Fakta Statistik Undian
Beliau menambah, bagi siaran Grand Finale One In A Million musim ini, sekitar 2 hingga 2.5 juta penonton telah dicatatkan sementara siaran pertandingan mingguan mencatatkan sekitar 1.2 juta penonton. Dari segi undian sms pada episod akhir yang membawa kepada kemenangan Ayu, sebanyak 167, 977 undian telah dikira yang membawa kepada 62 peratus berpihak kepada Ayu ( 104, 146 undian) manakala selebihnya iaitu 38 peratus kepada Shila.
Ayu Berbakat?
Diminta mengulas mengenai peserta Top 3 dan Top 2 untuk musim ini, Izham merasakan jika musim terdahulu, mereka mempunyai peserta yang baik, tetapi untuk musim ini, peserta akhir cukup menyerlah dan inilah peserta Top 3 yang terbaik. Dia juga menambah, dengan adanya rancangan realiti seperti OIAM, dia yakin bakat-bakat terpendam seperti Ayu dapat ditemui dan digilap, dan amat yakin rancangan seperti ini amat penting dalam pencarian bakat-bakat baru.
One In A Million, Finale telah dihoskan oleh Awal Ashaari dan Marion melalui siaran 8TV dan ulangannya dapat diikuti di TV3.
Kepada Ayu, selamat membaiki gigi. Jangan lupa gunalah ubat gigi dan berus yang lebih moden untuk kecantikan gigi anda.
[tags]ayu oiam2, ulasan oiam2, shila kalah, ayu menang, siti sarah kalah, gossip siti sarah, tips komputer, statistik, chase, tips jadi jutawan, tuah iskandar profile[/tags]
Tags: One In A Million
Tags: Ayu OIAM2, Shila Amzah, ayu menang, ayu oiam2, chase, gossip siti sarah, shila kalah, siti sarah kalah, statistik, tips jadi jutawan, tips komputer, tuah iskandar profile, ulasan oiam2Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 1st, 2008 at 8:35 pm
post ni pon tak ptut ada la budiey. suka eh bab2 gigi org (sama ngan post gg ogy daud)??
dia ni dah sebaik2 kejadian dah. so, tak patut la rasanya nk ckp pasal gigi pe sumer. too bad! get a life.
March 1st, 2008 at 10:27 pm
hi noWAR.peace!
ketiak ayu bau ghau2 katanya,
tp bau2 rasa jeles ni yg semacam…
mungkin 2 ekor ni ada mental disorder?
March 2nd, 2008 at 12:53 am
La.. Apa salah Budiey post pasal gigi Ayu tu? Lagipun ayu sendiri yg cakap nak baiki gigi dia.
March 2nd, 2008 at 6:50 am
mesti jadi bahan lawak orang dia ni, Gigi? Artis baru beb biasalah gemuruh nak jawab soalan bertalu-talu wartawan, jadi dia jawab jujur je lah
Cantik gigi takpe dik jangan cucuk sana sini, buat hidung bentuk lain hehe
March 2nd, 2008 at 7:55 am
mule2 gigi x lame lg anu die pn org nk ambil tau mcm fasha sanda anu die pn dorg nk jilat cheh! pengotor mule2 kate busuk pas tu nk pulak
March 2nd, 2008 at 8:33 am
gadis kg dr sabah tapi x nmpak ‘kg’ pn. Ayu tlah brkeja keras utk menang dh ade fulus ape lgi wat ajer ape yg patut
March 2nd, 2008 at 9:32 am
AYU…WALAUPUN WAJAH X AYU, TAPI SUARA BOLEH TAHAN JUGA…ANOTHER JUARA DARI SABAH SELEPAS PIJA ( MENTOR 1 ) DAN FIQ ( MENTOR 2 )…TAHNIAH
March 2nd, 2008 at 9:56 am
ckp pasal gigi mmg die prlu wat appt ngan dentis dss kalo gigi x cantik rupe kreng x ape dh pmberian ALLAH tapi gigi patut putih bersih kalo buke muliut luas org x loye! hrp2 bau nafas ok……
March 2nd, 2008 at 12:54 pm
huhu..gigi pun blh jadi isu ye..takpela..lepas nie..jgn berbedah pulak dah le
March 2nd, 2008 at 4:40 pm
ALA…GIGI XDE MASALAH…ASAL JGN BAU MULUT DAH LA KAN…..
March 3rd, 2008 at 10:45 am
# tahniah ayu
# suara mantap gler
March 3rd, 2008 at 3:19 pm
rezeki..
March 3rd, 2008 at 3:38 pm
menang seratus juta pun tp ngan xhalal watpe..
lbh baik la sedekah kat anak2 yatim ke..umah org2 tua..
March 3rd, 2008 at 3:48 pm
Tahniah wat ayu….suara awk sedap giler le….tak pe wat gigi tp jgn wat muka sudah le…ayu dah manis pun. Bersyukurlah dengan rezeki ALLAH.
March 3rd, 2008 at 11:49 pm
tak baik mengate kekurangan org ln..smue mnusia same je..ada kelebihan n kekurangan msng2…ntah2, dia lg yg lebih…so, kpd pendengki2 yg sempit fkiran 2…u all tak yah la nak suruh org kna baiki/buat itu ini..ayu pn ade akal fkiran jg mana yg patut & tak patut d wat.apa la korang ni…otak udang tul…!!!
March 8th, 2008 at 4:54 pm
kak shila begitu kiut waktu nyanyi lagu memori tercipta,,,,,,,,,,,,,kat ne umah kak shila??????kalo bleh,anta alamat kat email sy
March 8th, 2008 at 4:56 pm
tahniah pada semue yg mng,byee
March 9th, 2008 at 4:41 pm
go Ayuu!!! congrats!! power sore dia..
March 10th, 2008 at 1:26 pm
> berjaya setelah berusaha
> cekal hati & berani tangga kejayaan
> setelah bjaya..kena usaha lg utk lbh bjaya
> ayu tlh lepas peringkat demi peringkat
> yg pasti bkn mudah bagi dia utk berdiri sama tinggi dgn artis yg sedia ada nama
> yg penting USAHAx4 lebih…pasti bjaya
> kita hnya menyokong & berdoa utk dia
> dan bknnya menghina atau memperkecilkan artis baru ini
> yg bbau jadi wangi dek bila dpt $ one milion
March 26th, 2008 at 8:40 pm
jgn oter gigi… nanti sore lain….
ayu da ok…cme pakaian…
alamak….
musti ramai stylist x bertauliah time oiam kan??
nape bju die seksi??
aku x ckp gamba ats yer… try tgk konsert mingguan….
July 20th, 2008 at 1:53 pm
YAHOO…. AYU JUARA ! GLORY AYU! GLORY SABAHAN! GLORY PIJA DAN FIQ MENTOR, AYU OIAM 2 , STACY AF6… GLORY GLORY GLORY!!! AYU PUNYA AURA, KEMENANGAN AYU BUAT SEMUA… TAHNIAH AYU!
January 29th, 2009 at 9:49 am
ayu ni skrg, sekali tgk mcm oprah winfrey plak..