Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
Salam takziah Budiey ucapkan kepada penyanyi Achik Spin atas kematian bapanya. Khabarnya, ayah Achik meninggal sebab sesak nafas dan tidak diketahui samada sakit jantung dan berapa lama dia tinggal di hospital. Arwah bapa Achik, Md Shaari Kassim yang berusia 58 tahun meninggal di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tengah, Batu Lapan, Labu, Negeri Sembilan.
Ini adalah kali kedua Achik berhadapan dengan kematian dalam keluarganya. Pertama apabila anak sulungnya meninggal selepas beberapa hari dilahirkan dan semalam bapanya pula.
Semoga Achik tabah menghadapi ujian dari Allah dan marilah kita berdoa agar roh bapa Achik ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dirahmati Allah. Al-Fatihah.
[tags]achik spin, lagu spin, desire, ayah achik meninggal, cara menguruskan jenazah, lagu matahariku agnes, gambar afgan, fmc, Fantasia Music City, address[/tags]
Tags: Berita
Tags: Berita, achik spin, address, ayah achik meninggal, cara menguruskan jenazah, desire, Fantasia Music City, fmc, gambar afgan, lagu matahariku agnes, lagu spinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



