in , ,

Awi Rafael Nyanyi Lagu Tema Filem Bisikan Syaitan Berjudul Dewa

[dropcap]A[/dropcap]wi Rafael dikira bertuah kerana dapat merakam sebuah lagu tema untuk filem terbaru lakonan Fizz Fairuz iaitu Bisikaan Syaitan. Budiey jangkakan, lagu ini akan berhantu dan akan mengusik peminat dan sekaligus dapat ‘merasuk’ peminat untuk turut menonton filem ini nanti. Lagu berjudul Dewa itu merupakan lagu yang menceritakan tentang keseluruhan plot cerita dalam filem ini. Selepas mendengar lagu ini, Budiey rasa lagu ini memang sesuai dengan vokal Awi yang serak-serak basah dan juga sesuai dengan cerita dalam filem ini.

Lagu Dewa ini ditulis dan dicipta sendiri oleh penyanyi Awi Rafael di bawah label rekod Warner Music Malaysia.

Belum pun reda kehangatan filem Sembunyi:Amukan Azazil, Grand Brilliance muncul pula dengan muzik video Bisikan Syaitan dan juga trailer rasmi filem terbaru mereka, Bisikan Syaitan, yang telah dimuat turun ke laman youtube rasmi syarikat tersebut baru-baru ini.

[pullquote align=”right”]Filem Bisikan Syaitan bakal berbisik di seluruh pawagam di Malaysia mulai 2 Mei 2013[/pullquote]

Sebuah trailer yang berdurasi selama 75 saat itu dipadatkan dengan visual-visual menarik dari filem Bisikan Syaitan yang dijamin dapat menarik para peminat tegar filem tempatan untuk menontonnya di pawagam.

Di samping trailer tersebut, Grand Brilliance turut tampil mempersembahkan video muzik bagi lagu tema filem tersebut hasil nyanyian Awi Rafael berjudul Dewa. Alunan piano dari Awi Rafael yang menjadi latar belakang bagi lagu merdu ini diindahkan lagi dengan iringan penari ballet yang secara simboliknya memegang watak sebagai syaitan yang tak serik membisikkan hasutan-hasutan keji kepada manusia.

Filem Bisikan Syaitan in adalah filem pertama arahan pengarah muda, Faizul A.Rashid di bawah terbitan Lightbulb Pictures. Ianya mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.

Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.

Dalam usaha Grand Brilliance untuk mengetengahkan bakat-bakat baru, filem ini turut menampilkan wajah-wajah segar seperti Azam Pitt, Wan Sharmila dan Farrah Nadia yang boleh dikatakan sebagai pelapis di dalam industri filem tanah air.

Bisikan Syaitan

Filem Bisikan Syaitan bakal menemui penonton mulai 2 Mei 2013. Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar di balik tabir filem ini, sila layari www.facebook.com/bisikansyaitan2013 atau follow @grandbrilliance di twitter dan instagram rasmi mereka.

Antara barisan filem – filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Pecah, KIL, Pengapit, Balada Pencinta, KL Zombi, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2 dan Anak Jantan yang dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air.

Bisikan Syaitan

Bisikan Syaitan

Bisikan Syaitan

Mengenai Grand Brilliance dan Primeworks Studios Sdn Bhd
Grand Brilliance merupakan unit pengeluaran filem di bawah Primeworks Studios yang mengeluarkan kira-kira 10 filem setahun dalam pelbagai genre. Antara filem yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa di festival filem seluruh dunia termasuk filem Cinta dan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Mukhsin dan Talentime.

Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Terlibat dalam penghasilan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994, Primeworks menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Selain penerbitan program televisyen dan kandungan lain, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan. Primeworks Studios penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9 – merangkumi kandungan pelbagai genre seperti program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Jejak Rasul, 999 dan Idola Kecil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Bisikan Syaitan Lakonan Fizz Fairuz

YUNA to Release Sixth Street Digital EP