in , ,

Awal Ashaari & Scha Alyahya Teruja Tunggu Kelahiran Anak Pertama

Dah tak lama je lagi, kira-kira tiga bulan saja lagi pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari akan menimang cahaya mata sulung mereka. Bakal melalui pengalaman pertama sebagai ibu dan ayah, perasaan berdebar bercampur gembira mula dirasai oleh pasangan yang juga dikenali dengan jolokan Schawal ini.

Scha Alyahya

Semasa hadir di majlis pelancaran pewangi terbaru Avon, baru-baru ini, Scha ada berkata:

“Alhamdulillah, kandungan saya suda masuk enam bulan. Pada peringkat trimester dulu, saya mengalami alahan yang agak teruk. Saya tak larat nak buat apa-apa kerja. Saya tak mahu jumpa dengan orang. Saya tak boleh dengar bunyi telefon. Sampai sekarang telefon bimbit saya dalam mode ‘silent’. Saya tak lalu makan sehingga ditahan di hospital selama tiga hari. Saya ingat saya alami depresi tapi kawan-kawan yang berpengalaman beritahu yang simptom sebegitu memang normal. Sekarang saya dah kembali normal dan dah mula aktif semula. Saya dah mula hadiri acara hiburan dan jalani beberapa penggambaran untuk iklan dan ambil tawaran pengacaraan. Cuma buat masa ini saya tak ambil tawaran berlakon sebab tak larat.”

Tambah hos program ‘Muzik-Muzik’ ini, selera makannya juga semakin menjadi-jadi dan kerana itu juga berat badannya kini naik sebanyak 5 kilo. Malah satu perubahan ketara yang disedari pada dirinya, apabila dia sekarang suda boleh memakan baju dan kasut berwarna merah jambu.

“Saya tak ada pula mengidam yang pelik-pelik. Tapi saya banyak makan nasi. Hari-hari mesti nak ada nasi lepas tu saya makan conflakes, makan roti. Dulu pun saya suka makan nasi tapi berat badan tak naik-naik. Sekarang ni berat saya dah naik 5 kilo. Selain tu, kalau dulu saya tak suka warna mera jambu. Tapi sekarang saya boleh pula pakai kasut warna mera jambu, skirt merah jambu.”

Scha bagaimanapun memberitahu, dia belum membuat persiapan penuh bagi menyambut kelahiran pertamanya itu. Sebalik Awal yang lebih beria-ria mahu membeli segala kelengkapan. Namun dia dan suaminya sudah memilih beberapa nama untuk anak mereka.

“Dan dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki. Saya tak buat apa-apa persiapan pun, cuma baru beli stroller. Kami juga suda ada beberapa nama. Saya lebih suka nama klasik macam Amina, Naema,, Ibraim, Muzaffar. Awal pula suka nama-nama moden.”

Dalam pada itu Scha juga mendedahkan sejak dirinya hamil, Awal sudah kurang romantik berbanding sebelum dan pada permulaan kahwin. Namun dia bersyukur kerana Awal merupakan seorang suami bertanggungjawab walaupun suaminya itu sibuk dengan kerja. Seperkara yang menyentuh perasaan Scha, apabila Awal sering bercakap dengan perut Scha. – MalaysianDigest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Lin Terharu Jadi Hos Jemputan Program Feminin

Anak Che Ta Mahu Hadiah Kereta Audi R8 Harga RM660,000