in ,

Awal Ashaari Hos Program Realiti TV Aci Tak Aci

Awal Ashaari Kendalikan Program Realiti TV Terbaharu RTM : Aci Tak Aci Mulai 8 Jun 2011 Di TV1

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyuntik kelainan dalam meningkatkan kefahaman mengenai 5 Prinsip Rukun Negara dan amalan mengenai Gagasan 1Malaysia dengan menerbitkan Program Aci Tak Aci yang menemui penonton mulai 8 Jun 2011, setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi TV1.

Menggabungkan elemen game show (candawara) dan realiti TV, program terbaharu Aci Tak Aci menampilkan pengacara terkenal Awal Ashaari, Program Aci Tak Aci sepanjang 13 episod siarannya yang disampaikan secara santai kepada penonton segenap lapisan masyarakat. Malah dengan pendekatan yang diambil pastinya mampu mencuri tumpuan kalangan remaja mendalami dan menghayati Rukun Negara dan Gagasan 1Malaysia.

Pada masa sama, program ini dilihat mampu menyokong usaha kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib apatahlagi konsep program ini menggarapkan aktiviti kebudayaan, kesenian, sejarah negara dan aktiviti bersesuaian mengikut lokasi yang perlu dilalui oleh peserta. Peserta terpilih terdiri daripada setiap kumpulan diwakili oleh tiga orang daripada multi etnik.

Antara episod menarik dimana empat orang pelajar Politeknik Melaka telah menyertai program ini yang dijalankan di sekitar kawasan Banda Hilir, Melaka bagi menguji kemahiran pengetahuan pelajar berkaitan sejarah Malaysia, kefahaman mengenai 1Malaysia dan rukunegara mereka.

Selain pelajar Politeknik Melaka terdapat juga beberapa orang pelajar UiTM, Lendu Melaka yang menyertainya. Mereka ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Terdapat 3 segmen terpaksa di tempuhi oleh peserta program antaranya segmen ”Satu Langkah” yang memerlukan peserta menyelesaikanbeberapa tugasan diempat ‘checkpoint’ di sekitar Bandar Melaka. Antaranya, mencari tempat setem pertama dunia di Muzium Setem Malaysia, mengayuh beca sambil membawa rakan sepasukan dan sebagainya.

Melalui segmen kedua dan ketiga ia lebih menguji daya kreativiti para peserta melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Sekiranya dalam segmen kedua, peserta diminta menghias beca tetapi dalam segmen ketiga pula peserta yang berada di dalam kumpulan seramai 3 orang ini diminta melukis potret Tun Ghaffar Baba. Untuk menjadikan segmen ini lebih mencabar lagi, Awal Ashaari akan mengasak mereka dengan pelbagai soalan berkaitan sejarah dan sebagainya secara bertubi-tubi.

Pemenang pertama dalam program ini menyaksikan kumpulan biru yang terdiri daripada 2 orang pelajar Politeknik Melaka dan seorang pelajar UiTM berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1500. Manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM900 dan RM750.

Saksikan program Program Aci Tak Aci mulai 8 Jun 2011, setiap Rabu, jam 9.30 malam yang mampu menyuntik semangat cintakan negara ini hanya di TV1.

Awal Ashaari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Win Samsung GALAXY Tab with Top Up Just RM30

Drama Senyumlah Papa & Bila Papa Pakai Kebaya