in

Awal Ashaari Hos Cerita Teh Tarik F&N

“CERITA TEH TARIK F&N” MEMBAWA KEHIDUPAN HARIAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SETIAP EPISOD
Episod pertama disiarkan secara langsung

Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan mempunyai satu lagi sebab untuk berkumpul sambil menikmati teh tarik – untuk menonton “Cerita Teh Tarik F&N” di TV3, yang memaparkan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia, dibawakan kepada anda oleh pakar teh tarik – Susu Pekat F&N.

Ke udara pada jam 6.00 petang Khamis, episod pertama “Cerita Teh Tarik F&N” pada 29 April, 2010 disiarkan secara langsung di Piazza The Curve di Mutiara Damansara ditontoni lebih daripada 200 penonton.

Hos “Cerita Teh Tarik F&N” yang mempunyai tujuh episod kesemuanya, ialah pelakon, peragawan dan pengacara TV yang terkenal di Malaysia, Awal Ashaari. Rancangan ini adalah inisiatif teh tarik terbaru daripada F&N Dairies (M) Sdn Bhd, yang berusaha untuk menonjolkan detik-detik penting dalam kehidupan kita atau aktiviti harian yang sering berlaku sambil menikmati segelas teh tarik.

Menurut Cik Eileen Chan, Pengurus Kanan Produk Kumpulan – Susu Pekat, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, di Malaysia, teh tarik selalunya menjalin ikatan di sebalik pergaulan mesra kita setiap hari yang membentuk sebahagian daripada latar belakang banyak kenangan manis kita, sama ada dengan sahabat handai ataupun keluarga.

“Cerita Teh Tarik F&N adalah usaha kami untuk mengetengahkan ceritera rakyat Malaysia serta kejayaan mereka, yang telah memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang budaya dan aktiviti yang kini dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat. Teh tarik adalah sebahagian budaya sosial berbilang kaum Malaysia dan F&N banyak menyumbang untuk membolehkannya berlaku. Jadi, rancangan ini juga bertujuan untuk menegakkan budaya teh tarik Malaysia kita yang unik,” kata Chan.

“Wira yang tidak dicanangkan ialah Susu Pekat F&N – kegemaran rakyat Malaysia yang juga telah sekian lama sinonim dengan teh tarik di Malaysia.”

“Cerita Teh Tarik F&N meneruskan hubungan rapat F&N dengan teh tarik iaitu minuman kegemaran Malaysia, sambil mengukuhkan semangat silaturahim Malaysia menerusi mesej penting seperti perpaduan, ikatan keluarga, persahabatan, perdamaian dan resolusi positif dengan berkongsi saat berharga, kenangan istimewa dan suka dan duka, atau cerita teh tarik yang memberi inspirasi.”

Setiap episod membawakan tema dan subjek tertentu, daripada tarian dan muzik hingga lukisan, sukan dan animasi, dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara seperti selebriti termasuk Alam, sensasi b-boy Malaysia, yang memenangi pertandingan “So You Think You Can Dance” bersama Wakaka Crew, dan kumpulan rock Malaysia yang terkenal, Estranged; seniman Malaysia yang berbakat seperti dua beradik Ajis dan Ronnie Mohammad yang berkongsi minat melukis; dan pencipta serta bakat di sebalik Upin dan Ipin.

Terdapat juga episod mengenai persahabatan antara anggota Kelab RX8 Malaysia, manakala dua episod lagi mengupas kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibu yang baru ditemukan semula dengan anak-anak perempuannya setelah terpisah selama 50 tahun.

Chan yakin “Cerita Teh Tarik F&N” akan menarik warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulam dalam budaya kita.

“Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat, tetapi jangan tertinggal mana-mana episod kerana setiap satu memberi perspektif baru tentang topik yang diketengahkan. Anda mungkin fikir anda tahu al-kisah cerita yang dipaparkan tetapi hakikatnya banyak yang anda boleh pelajari daripada setiap episod. Jadi, saya berharap rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat akan menonton rancangan ini,” jelasnya.

Menurut Chan lagi, F&N Dairies telah banyak melabur untuk promosi rancangan ini, termasuk menganjurkan peraduan SMS mingguan yang mengaitkan rancangan “Cerita Teh Tarik F&N”, bagi menggalakkan orang ramai menonton.

Selain F&N Teh Tarik Roadshow dan aktiviti persampelan, terdapat juga promosi pengguna dan program tebusan yang menawarkan hadiah menarik termasuk Hadiah Utama TV plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik lain dan satu set bingkai gambar unik untuk pengguna merakamkan detik teh tarik istimewa tersendiri.

Acara pelancaran rancangan ini termasuk persembahan langsung oleh Alam dan Wakaka Crew serta Funky Girls, manakala Ronnie Mohammad mengambil peluang untuk menghadiahkan lukisannya yang menggambarkan aktiviti teh tarik kepada F&N Dairies sebagai tanda penghargaan kerana memaparkan hasil karyanya dalam rancangan ini.

“Cerita Teh Tarik F&N” telah diilhamkan oleh F&N Dairies, syarikat di sebalik jenama Susu Pekat No. 1 Malaysia, iaitu ramuan utama teh tarik dan minuman lain di seluruh Malaysia sejak beberapa generasi lalu melalui jenama sebutan ramai seperti Susu Isian Pekat Manis F&N, Krimer Manis Bervitamin F&N, Krimer Manis F&N, Krimer Manis Teh Tarik F&N dan produk terbarunya, F&N eXtra Tongkat Ali & Ginseng.

F&N Dairies (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Fraser & Neave Holdings Berhad, dan merupakan pengilang dan pemasar utama susu pekat manis, susu sejat, jus pasteur dan aiskrim di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran Album Tilu Ku Bukan Aku

Sayang Cendana, Noktah Erna, Da Bomba, Syah Jihan di TV3