in

Autumn Di Hatiku Bakal Ditayangkan di TV9

Drama bersiri web paling popular, AUTUMN DI HATIKU yang boleh disaksikan menerusi portal video Tonton mulai 3 Julai 2013 lalu dengan rekod melebihi 600,000 hits tontonan video kini bakal ditayangkan dalam versi telefilem di slot Skrin di 9, TV9. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim bakal menemui penonton di TV9 pada Isnin, 21 Oktober 2013 jam 8.30 malam.

Resipi gabungan pelakon antara dua negara iaitu Malaysia dan Korea terbukti berjaya menarik sambutan hangat peminat terhadap AUTUMN DI HATIKU yang disiarkan secara GLOBAL menerusi portal video Tonton sehingga hari ini. Meneruskan kesinambungan kejayaan luar biasa ini, stesen televisyen TV9 membawakan siaran telemovie AUTUMN DI HATIKU selama 2 jam buat tatapan penonton Oktober ini!

AUTUMN DI HATIKU mengisahkan tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Nina mendapatkan bantuan Zidick (Aiman Hakim) selain rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah) dan cuba memenangi hati Autumn. Kai (Anas Ridzuan) pula seringkali menganggu kehidupan dua gadis ini dan cuba menggagalkan usaha Nina. Manakala Zidick mulai menaruh hati terhadap Nina dalam diam-diam. Siapakah yang menjadi pilihan hati Nina?

Tonton siaran telefilem AUTUMN DI HATIKU pada Isnin, 21 Oktober bermula 8.30 malam secara eksklusif di TV9! Saksikan aksi di sebalik tabir dan rakaman ekstra ‘Belajar Bahasa Korea’ bersama Kim Jin Sung di www.tonton.com.my/autumndihatiku

Autumn Di Hatiku Bakal Ditayangkan di TV9

Autumn Di Hatiku Bakal Ditayangkan di TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AERIL ZAFREL WAWA ZAINAL

EKSKLUSIF: Temubual Bersama Pasangan Selebriti Wawa Zainal & Aeril Zafrel

Miley Cyrus Set To Perform at MTV EMA