in

Aura Bintang RTM 2009

PROGRAM KHAS : AURA BINTANG RTM 2009 MENUJU MALAM SERIBU BINTANG

Momen-momen indah yang begitu dinanti-nantikan oleh seseorang peserta tidak kira apa jua pertandingan pastinya melalui fasa akhir yang bakal mengangkat nama mereka menjulang tempat pertama atau selayaknya bergelar Juara. Apatahlagi bila saat-saat itu semakin menjelang tiba.

Situasi itu turut dikongsi sama lapan finalis peringkat akhir Bintang RTM 2009 yang semakin kuat debarannya dirasakan oleh Nur Ernie Shahirah Zakri (Ernie), Nur Fatin Nabila Noor Sazley (Fatin), Saidatul Aina Jamaluddin (Aina), Jo-Anna Sue Henly Rampas (Anna), Mohd Ikbal Abdul Hatam (Ikbal), Mohamad Adlizan Baharuddin (Adli), Arnizam Micheal (Nizam) dan Nur Azilla Mohd Ibrahim (Zilla).

Mereka diletakkan di kelompok lapan finalis yang berjaya membuktikan mereka terbaik daripada 30 peserta bertanding di Peringkat Suku Akhir hingga Separuh Akhir SMS ini bakal berkongsi pentas Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 berlangsung pada 28 Jun 2009 (Ahad), jam 8.30 malam di Stadium Negara dan dipancarkan secara langsung di TV2.

Justeru dalam menyemarakkan lagi debaran yang pastinya turut dirasai penyokong setia pemilik-pemilik suara berbakat ini selain mendekati mereka secara lebih rapat lagi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan program istimewa Aura Bintang RTM 2009 Menuju Malam Seribu Bintang, rancangan kesinambungan dari Aura Bintang RTM yang disiarkan sebelum ini.

Ibarat menjunjung kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, program bersiaran setengah jam ini  untuk mendekatkan penonton dengan lapan finalis ini menampilkan DJ Radio Muzikfm yang juga pengacara berita hiburan RTM, Diva@1 iaitu Muazanazuddin Mohamed sebagai pengacara disiarkan di TV2 dan Muzik Aktif saluran 180 ini.

Aura Bintang RTM 2009 Menuju Malam Seribu Bintang disiarkan empat episod berturut-turut mulai 22 hingga 25 Jun 2009 di siarkan menerusi TV2, jam 4.30 hingga 5.00 petang. Manakala Muzik Aktif pula akan menyiarkan lima episod dari 22, 23, 24, 25 dan 28 Jun 2009, jam 8.00 malam.

Menerusi episod pertama penonton dapat melihat sorotan atau rangkuman program Suku Akhir 1 hingga Suku Akhir SMS dan Separuh Akhir 1 hingga Separuh Akhir SMS. Manakala menerusi episod dua, program ini memberikan peluang kepada penonton untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tiga finalis melibatkan Ikbal, Ernie dan Fatin.

Dalam episod tiga pula, pengacara yang mesra disapa Muaz ini akan memperkenalkan tiga lagi peserta bermula pangkal huruf ’A’, Aina, Adli dan Anna (Joanna) yang masih-masing ternyata memiliki kelebihan tersendiri sebelum meyusul episod keempat iaitu episod terakhir, penonton sekali lagi dibawa pula berkenalan dengan lebih dekat lagi dua peserta melibatkan Nizam dan Zilla. Pada masa sama dipaparkan juga persediaan dan aktiviti-aktiviti yang diatur untuk lapan finalis akhir ini untuk dikongsi sama penonton.

Malah tidak hanya sekadar berkenalan dengan finalis-finalis ini kerana pada masa sama setiap episod turut diselitkan dengan kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan tenaga pengajar Bintang RTM 2009 iaitu Helen Yap (Pengarah Muzik), Dia Fadilla (Guru Vokal) dan Fathee Abdullah (Guru Tari).

Begitu pun menariknya khas menerusi episod lima untuk penonton saluran 180, pengacara akan membawa penonton menyaksikan persediaan dan aktiviti yang diaturkan untuk peserta akhir ini selain turut diselitkan komen-komen artis dan orang ramai terhadap 8 finalis yang akan beraksi di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 Malam Seribu Bintang pada 28 Jun 2009, jam 8.30 malam yang bersiaran di Stadium Negara dan secara langsung di TV2.

Untuk mengetahui berkongsi debaran dirasakan lapan finalis ini, usah terlepas waktu menyaksikan Aura Bintang RTM 2009 Menuju Malam Seribu Bintang mulai 22 hingga 25 Jun 2009 di siarkan menerusi TV2, jam 4.30 hingga 5.00 petang. Manakala Muzik Aktif pula akan menyiarkan lima episod dari 22, 23, 24, 25 dan 28 Jun 2009, jam 8.00 malam.

Perkembangan terkini serta info-info peserta bertanding, usah ketinggalan  melayari laman sesawang rasmi, www.bintangrtm.com dan radio rasmi Muzikfm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Terkini Tentang Nurul

Saksikan Overhaulin Musim ke-3 di 8TV