in

Audition Ultimate Power Star 2011

PENCARIAN BERMULA DALAM ULTIMATE POWER STAR!

ADAKAH ANDA ORANG YANG KAMI CARI?

Ia sesuatu yang baru dan menggemparkan! Satu lagi program realiti pencarian bintang nyanyian berbahasa Mandarin akan bermula dalam Ultimate Power Star! Jika anda mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan mempunyai vokal yang mantap, inilah peluang anda untuk menggilap bakat nyanyian anda dalam Ultimate Power Star.

UPS 1st PC pix-01

Inilah peluang anda untuk mempamerkan bakat nyanyian anda dan sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100, 000 termasuk wang tunai bernilai RM50, 000 dan juga kontrak bersama syarikat rakaman bakal menanti sang juara untuk program ini. Sertai kami dalam pencarian bintang baru dalam program Ultimate Power Star yang pastinya menghiburkan!

Ultimate Power Star akan dimulakan dengan sebuah konsert yang menampilkan peserta Top 12 yang akan berdepan dengan pesaing-pesaing hebat yang akan dicungkil dari beberapa siri uji bakat yang akan dibuat dibeberapa negeri.

Rata-rata mereka bukanlah penyanyi professional. Yang menariknya tentang program ini di mana akan ada minggu peserta-peserta akan di cabar oleh penyanyi-penyanyi terkemuka di peringkat mingguan.

“8TV begitu teruja untuk menghasilkan pengisian yang baru dan segar untuk penonton berbangsa Cina,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah “Kami pasti program Ultimate Power Star ini akan menjadi sebuah program yang popular dalam industri hiburan Malaysia! Kami cukup berbesar hati untuk melancarkan Ultimate Power Star yang akan menjadi salah satu program berbahasa Mandarin yang mantap untuk tahun 2011!”

Jika anda merasakan andalah bintang yang kami cari, sertai sesi ujibakat yang akan diadakan di lokasi-lokasi berdekatan anda antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Ipoh dan Johor. Sila rujuk lampiran di bawah:

17 November 2010, Rabu
10.00 pagi – 7.00 malam
Gurney Plaza New Wing, Pulau Pinang

27 November 2010, Sabtu
10.00 pagi – 7.00 malam
Concourse, Mahkota Parade, Melaka

4 & 5 December 2010,
Sabtu & Ahad
10.00pagi – 7.00 malam TBC

Ujibakat ini dibuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 hingga 38 tahun.

Uji bakat ini bukan sahaja terbuka kepada mereka yang berminat menjadi penyanyi malah penyanyi atau artis yang sudah pun menempa nama dari mana-mana syarikat rakaman juga dialu-alukan untuk turut serta.

Sila bawa salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran 3R sewaktu sesi pendaftaran. Peserta-peserta boleh mendaftarkan diri sebagai penyanyi solo atau secara berkumpulan! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi ujibakat ini kerana anda mungkin bakal bergelar juara Ultimate Power Star!

Kami cukup berbesar hati dan mengalu-alukan rakan kongsi dan penaja lokasi rasmi bagi sesi ujibakat Ultimate Power Star iaitu kafe Station One. Sila rujuk jadual di bawah untuk tarikh, lokasi dan masa sesi ujibakat Ultimate Power Star:

18 November 2010, Khamis
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Sungai Petani, Kedah

19 November 2010, Jumaat
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Garden East, Ipoh

25 November 2010, Khamis
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Taman Molek, JB

26 November 2010, Jumaat
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Batu Pahat Mall, JB

1 Disember 2010, Rabu
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Klang Meru, Selangor

2 Disember 2010, Khamis
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Taipan, USJ10, Selangor

3 Disember 2010, Jumaat
3.00 petang – 9.00 malam
Station One Café
Sri Rampai, KL

Personaliti popular Gary Yap telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara program Ultimate Power Star. Dapatkan maklumat terkini di One FM selaku radio rasmi atau layari laman sesawang www.8tv.com.my/ups.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program Ultimate Power Star secara percuma di saluran 8TV atau di saluran 708 Astro. Anda juga boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran anda di Catch Up di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit anda!

UPS 1st PC pix-03

UPS 1st PC pix-02

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aksi Spontan dalam Oblivious

TV3 Kids Parade & Cake Day