in

Audition ULTIMATE POWER GROUP Season 2

Apakah Kriteria Penting Untuk Menjadi Kumpulan Vokal Terhebat di Malaysia?
8TV mempersembahkan program realiti terbaru

Jika anda berfikiran bahawa menyanyi secara solo di atas pentas adalah sesuatu yang mengerunkan, apatah lagi jika anda dikehendaki menyanyi secara berkumpulan dengan nota bunyi dan vokal yang betul dan tepat. Fikir-fikirkan lah…

ULTIMATE POWER GROUP season 2 kini kembali. Di atas sambutan hangat orang ramai, 8TV hari ini secara rasminya melancarkan pertandingan realiti nyanyian untuk mencari kumpulan vokal terbaik!

ULTIMATE POWER GROUP merupakan sebuah program realiti nyanyian berbahasa Cina untuk mencari sebuah kumpulan vokal yang berbakat. Program ini bukan sahaja memandang vokal sebagai faktor utama, malah keserasian di antara ahli turut memainkan peranan yang penting.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata “ULTIMATE POWER GROUP season 2 diinspirasikan daripada kejayaan program ini pada musim pertama. Kami percaya ramai lagi penyanyi-penyanyi berbakat di luar sana dan berharap program ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengejar impian masing-masing.”

“Bukan mudah untuk menyanyi dalam sebuah kumpulan kerana banyak aspek perlu diberi perhatian. Keserasian vokal dan tarian merupakan aspek penting dalam sesebuah kumpulan vokal,” tambah Kim.

Adakah anda berminat untuk mencuba nasib? Ujibakat dibuka kepada rakyat Malaysia, lelaki dan perempuan berumur 18 hingga 28 tahun. Peserta-peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada 12 kumpulan mengikut keserasian vokal dan personaliti masing-masing. Kumpulan-kumpulan ini terdiri daripada kumpulan yang dianggotai oleh lelaki, kumpulan yang dianggotai oleh perempuan atau kumpulan yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan akan dianggotai oleh dua ke lima orang ahli.

Setelah 12 kumpulan di kenal pasti, mereka akan beradu nasib dalam pertandingan mingguan yang akan disiarkan secara langsung menerusi stesen 8TV. Para juri akan memilih kumpulan yang terbaik pada setiap minggu dan nasib peserta-peserta yang lemah akan ditentukan oleh penonton di studio dan di rumah.   Kumpulan yang menerima undian terendah akan disingkirkan sehinggalah tinggal 3 kumpulan terhebat untuk bertanding ke peringkat akhir.  Pada peringkat akhir nanti, keputusan akan dibuat melalui markah yang diberikan oleh juri dan menerusi undian sms dari penonton.

Pada malam final nanti, anda bakal menyaksikan 3 buah kumpulan hebat ini berentap untuk merebut gelaran ULTIMATE POWER GROUP season 2 sekaligus membawa pulang wang tunai RM100, 000!

Ujibakat ULTIMATE POWER GROUP season 2 akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:

22 Nov 2009
10.00pg– 6.00ptg
Ground floor, North Zone, Penang Queensbay Mall

22 Nov 2009
10.00pg– 6.00ptg
Stage Area, Level 2, Sutera Mall, Johor Bahru

5 & 6 Dis 2009
10.00pg– 6.00ptg
Level 3, North Court, The Mines Shopping Fair, Seri Kembangan

Orang ramai yang berminat untuk menghadiri ujibakat dialu-alukan datang secara solo atau berkumpulan dan perlu mendaftar di lokasi-lokasi terpilih seperti yang tertera di atas.

8TV juga bakal mengadakan promosi khas menerusi radio rasmi One FM pada 3, 19 dan 26 Disember. Yang menariknya, pemanggil boleh menyertai peraduan yang diadakan oleh stesen radio ini dan berpeluang menyanyi dan diadili secara langsung oleh para hakim jemputan.

Bagi menghangatkan lagi program realiti nyanyian terbesar ini, ULTIMATE POWER GROUP season 2  juga akan mengadakan beberapa siri jelajah di lokasi-lokasi berikut:

Depan Pintu Masuk, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur –  5 Nov, 2009, 6pm-7pm
Depan Pintu Masuk, Jusco Seremban 2, Seremban – 28 Nov, 2009, 1pm-3pm
Kawasan Parkir Utama, Bukit Tinggi Jusco (Klang) – 29 Nov, 2009, 1pm-3pm
Kawasan Parkir, Sayap Lama, IOI Mall Puchong – 29 Nov, 2009, 5pm-7pm
 
Selain dari itu, jangan lupa untuk singgah di ‘Green Box Kala Truck’ di beberapa lokasi terpilih di mana anda boleh masuk dan menyanyi untuk menunjukkan kehebatan vokal masing-masing secara percuma.

Personaliti popular 8TV Gary Yap dan Xiao Yu telah diberikan tanggungjawab sebagai pengacara untuk program ini.

ULTIMATE POWER GROUP season 2 kali ini bekerjasama dengan Red Box dan Green Box. Sungei Wang, Kuala Lumpur turut memberi sokongan dalam menjayakan majlis pelancaran program ini.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Serlahkan bakat nyanyian anda dengan menghadiri ujibakat di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut, layari www.8tv.com.my

8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.

Kini, peminat setia 8TV berpeluang menonton program-program hebat 8TV menerusi telefon bimbit dengan melayari laman sesawang mobile.8tv.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Pesan Mak Lakonan Zizie Ezette, Faizal Yusop

Gambar Terbaru Pasangan Romantik Mek Siti dan Suami