in

Aturcara Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-3 Ahad Ini

Sebelum apa-apa, Budiey nak letak ucapan IZ OIAM untuk korang semua. IZ OIAM juga ada menyanyikan sebuah lagu dari Imran Ajmain – Selamat Ulangtahun… Jangan cuba banding-bandingkan, mana satu version yang sedap ya. Yang penting korang layannn…

Thanks IZ!

Salam pembaca semua,

Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com hanya tinggal SATU HARI saje lagi. Budiey rasa, semua pembaca yang dah mendaftar nama untuk menyertai event tahunan Budiey ini dah tak sabar-sabar untuk enjoy pada hari Ahad ini.

Yes, setiap tahun, Budiey jadikan parti ulangtahun ini adalah untuk memberikan korang hadiah-hadiah. Itu saja yang termampu untuk membalas segala jasa dan budi baik korang menyokong Budiey.com selama ini. Terima kasih semua!

Sebelum korang semua hadir, di sini ada beberapa perkara PENTING yang Budiey nak cakap:

  1. Okay, perhatian buat semua, pendaftaran akan bermula jam 1 tengahari sehingga jam 2 petang. Tidak seperti yang kita rancang sebelum ini iaitu jam 2 petang. Jadi, Budiey harap korang war-warkan kepada kawan-kawan yang akan hadir.
  2. Ada baiknya korang makan tengahari dulu sebelum datang mendaftar nama. Jangan lupa isi perut dulu, takut-takut nanti makanan yang disediakan sekadar makanan petang yang ala kadar. Budiey tak pasti apa yang Neway akan sediakan. Jadi, baik korang makan tengahari dulu sebelum datang ya.
  3. Memandangkan lokasi yang agak padat, korang semua diminta bersabar dan Budiey awal-awal lagi memohon maaf sekiranya ada pembaca yang tidak selesa sekiranya berlaku kesesakan dan kepadatan yang melampau.
  4. Semasa mendaftar, sila nyatakan nama anda yang sebetulnya seperti yang korang berikan kepada Budiey tempohari. Jangan pulak, nama yang korang kasi tempohari tu Joyah, masa mendaftar korang kasi, Tiz Zaqyah pulak. Hehe~ jangan cuba-cuba nak menyamar ye.
  5. Ingat, tema kita pada tersebut ialah Merah dan Putih. Semua pembaca akan diberi T-shirt Eksklusif PERCUMA semasa mendaftar. Diwajibkan kepada semua pembaca untuk memakai T-shirt tersebut. Restroom disediakan dalam hall utama.
  6. Semasa mendaftar jugak, korang akan diberi satu beg goodies yang diisi dengan macam-macam hadiah sumbangan dari penaja. Hanya satu goodie bag untuk seorang. Harus diingatkan, hadiah yang diisi itu tidak sama. Mungkin korang dapat lain, kawan korang dapat lain-lain hadiah. Itu saje yang boleh Budiey berikan. Harap korang berpuas hati.
  7. Ada 3 buah bilik. Satu hall utama di mana ada persembahan artis dan cabutan bertuah akan dibuat di situ. Satu lagi hall untuk dewan makan di mana korang boleh makan selepas sahaja mendaftar. Akhir, sekali ada bilik khas untuk selebriti, tetamu VIP yang hadir.

Persiapan dah pun 80% siap. Hadiah-hadiah cabutan bertuah semua dah pun diambil daripada penaja. Cuma ada beberapa lagi hadiah goodies yang akan diambil pada hari ini. Terima kasih buat semua penaja! Budi baik korang takkan Budiey lupakan.

Untuk kek ulangtahun, Sugarfloors akan menaja dan juga Suria FM juga akan menghantar kek untuk korang semua.

Untuk melancarkan lagi program, Budiey rasa ada baiknya korang tahu sedikit sebanyak perjalanan dan aktiviti kita pada petang Ahad ini.

ATURCARA PARTI ULANGTAHUN KE-3 SENSASI SELEBRITI

1:00 pm : Ketibaan Jemputan, Selebriti & Pembaca

– Semua jemputan dijemput menikmati hidangan petang.

2:00 pm : Ucapan Hos Parti – Ajieb

2:15 pm : Bacaan Doa dari Hafiz Hamidun

2:20 pm : Ucapan Alu-aluan dari Budiey

2:25 pm : Ucapan dari wakil penaja

2:30 pm : Persembahan Artis – Sabhi Saddi – Lagu Nadiku

2:40 pm : Cabutan Bertuah 1 – Hamper Batch 1

2:50 pm : Persembahan Artis – Hyrul Mentor – Lagu Selamat Ulangtahun

3:00 pm : Persembahan Artis – Mimi Mystarz LG

3:10 pm : Cabutan Bertuah 3 – Hamper Batch 2

3:15 pm : Persembahan Artis – IZ OIAM – 2 buah Lagu Rancak

3:25 pm : Cabutan Bertuah 3 – iPod Nano 2GB sumbangan Red Com

3:30 pm : Persembahan Artis – Rubisa AF7 – 3 Buah Lagu – Ratu Penipu

– Memperkenalkan maskot Neway Karaoke Box ke pentas

3:40 pm : Cabutan Bertuah – 4 Hadiah Misteri sumbangan Suria FM

3:45 pm : Penyampaian Anugerah Pembaca:

  1. Anugerah Pembaca Paling Cool 2009
  2. Anugerah Pembaca Paling Sporting 2009
  3. Anugerah Pembaca Paling Setia 2009
  4. Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis
  5. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Lelaki
  6. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Wanita

4.00 pm : Persembahan Iqwal – Lagu Black or White

4:10 pm : Cabutan Bertuah :

  1. 2 Coffee Maker sumbangan 8TV
  2. 2 buah pemain DVD sumbangan 8TV
  3. 2 Pemain DVD sumbangan 8TV
  4. 3 Produk sumbangan Mas Langsing SIY

4:15 pm : Acara Potong Kek & Sessi Bergambar

4:30 pm : Acara Bebas & Berkaraoke

5:00 pm : Bersurai

SENARAI HADIAH CABUTAN BERTUAH

PARTI ULANGTAHUN KE-3 SENSASI SELEBRITI

  1. 2 X Pemain DVD sumbangan 8TV
  2. 2 X Coffee Maker sumbangan 8TV
  3. 4 X Cabutan Bertuah sumbangan Suria FM
  4. 3 X Produk & Hadiah sumbangan Mas Langsing SIY
  5. 1 X iPod Nano 2GB sumbangan Red Communication
  6. 3 X Hamper produk solekan MAC Cosmetics
  7. 1 X Hamper dari Portal GUA
  8. 1 X Hamper dari Warner Music
  9. 1 X Hamper dari Sony Music
  10. 1 X Hamper dari Tayangan Unggul
  11. 1 X Hamper dari Warner Bros
  12. 1 X Hamper dari Astro
  13. 2 X Voucher Membeli Belah di Parkson
Kepada semua pembaca yang akan hadir, harap korang semua terhibur dengan apa yang Budiey rancangkan.
Kita jumpa hari AHAD ini ya!
4 X Hadiah Misteri Sumbangan Suria FM
Ipod Nano sumbangan Red Communication
3 X Hadiah Produk Sumbangan Mas Langsing SIY
4 X Hadiah daripada 8TV
Goodie dari Gatsby

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti Film SHERLOCK HOLMES 2

Drama Mega Sekeping di TV2