in

Astro on the Go Tawar Akses PERCUMA

Astro on the Go tawar akses PERCUMA kepada 4 saluran dari 1 Julai – 30 September. Semua rakyat Malaysia kini boleh mengakses Astro Oasis, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang & Astro Vaanavil
Kuala Lumpur, 1 Julai 2015 – Astro on the Go (AOTG) kini menawarkan akses percuma kepada 4 saluran buat semua rakyat Malaysia bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2015. Tonton Astro Oasis, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang dan Astro Vaanavil pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi Astro on the Go.

Penonton kini boleh menikmati program Islamik tempatan terbaik seperti Salam Muslim, Mail dan Sudin Sambut Ramadan serta Tanya & Ngaji menerusi Astro Oasis di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal. Untuk menikmati rancangan Cina tempatan, Astro AEC akan menayangkan program-program infotainment (hiburan yang menerapkan informasi semasa) waktu perdana seperti Evening Edition dan iWalker sementara Astro Xiao Tai Yang pula membawakan program-program edutainment (hiburan yang menerapkan unsur-unsur pendidikan) terbaik seperti Happy Dragon, Hello CocoMong dan YoYo Sing & Dance. Peminat rancangan Tamil juga berpeluang untuk menonton rancangan popular seperti 360 degrees, International Superstar dan Vizhuthugal menerusi Astro Vaanavil.

Daftar masuk ke Astro on the Go menggunakan Astro ID, dan akses saluran-saluran tersebut di bawah tab LIVE TV untuk mula menonton. Astro on the Go boleh diakses menerusi web di www.astroonthego.com menggunakan komputer, atau menggunakan telefon pintar atau tablet menerusi aplikasi Android dan iOS. Pengguna yang tidak memiliki Astro ID boleh mendaftar secara percuma dengan Astro on the Go.

Dengan adanya 4 saluran tambahan tersebut, rakyat Malaysia kini memiliki akses kepada 7 saluran percuma di dalam Astro on the Go; Astro Awani, Astro Arena, Go Shop, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang dan Astro Vaanavil.

Astro on the Go ketika ini memiliki sejumlah 45 saluran secara keseluruhan dan lebih daripada 8,000 jam kandungan atas permintaan (on demand), dengan lebih daripada 700,000 pengguna berdaftar yang telah memuat turun aplikasi AOTG ke dalam 1.4 juta peranti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem NOTA Lakonan Hans Isaac & Maya Karin

Konsert Michael Learns To Rock Terpaksa Dilanjutkan