in

Astro Sasar Catat Guinness World Records Pembersihan Dasar Laut Terpanjang

Astro sasar catat Guinness World Records™ bagi pembersihan dasar laut terpanjang secara berterusan selama 168 jam
Sukarelawan dijemput menyertai program Beautiful Malaysia, sebuah inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Astro

[dropcap]T[/dropcap]ahun ini, Astro mensasarkan untuk mencipta rekod dunia baru pembersihan dasar laut secara berterusan dan ingin menjemput para penyelam dasar laut untuk menyertai program ini secara sukarela, bersama kakitangan Astro di Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah dari 6 hingga 13 April 2013.

Pada tahun 2011, program CSR Astro Kasih, Beautiful Malaysia, berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records™ dengan memindahkan 777 batu karang di Ribbon Reef, Taman Marin Tun Sakaran di negeri Sabah. Berikutan kejayaan tahun lalu, Astro Kasih ingin terus mewujudkan kesedaran mengenai pemuliharaan kehidupan dan persekitaran marin dengan mencatatkan rekod baru Guinness World Records™ pada tahun ini melalui aktiviti pembersihan dasar laut terpanjang secara berterusan selama 168 jam.

Selama 7-hari, bermula dari 6 hingga 13 April 2013, aktiviti pembersihan akan dijalankan di 14 tapak menyelam di sekitar Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah. Astro Kasih menjemput penyelam dasar laut bertauliah untuk mengambil bahagian dalam projek ini secara sukarela. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mendaftar dan menyertai program ini, sila layari laman web www.astrokasih.org/beautifulmalaysia. Sukarelawan yang terpilih akan menerima penginapan penuh di Sutera Harbour Resort.

Setiap tahun, serpihan-serpihan marin, termasuk sisa-sisa toksik, sampah-sarap atau bahan-bahan lain yang berbahaya hanyut ke pantai dan kawasan lautan terpencil di serata dunia. Serpihan-serpihan marin ini turut merosakkan batu di dasar laut serta membunuh ribuan burung serta pelbagai kehidupan marin lain.

Oleh itu, pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha dan tanggungjawab bersama setiap individu, dan bukan hanya perlu dipikul oleh organisasi tertentu atau kumpulan pemuliharaan sahaja. Sertailah misi kami pada tahun ini untuk mewujudkan lebih kesedaran mengenai pemuliharaan kehidupan dan persekitaran marin, dengan sasaran untuk mencatat rekod baru Guinness World Records™ bagi pembersihan dasar laut terpanjang secara berterusan selama 168 jam bersama Astro Kasih.

Layari: http://www.astrokasih.org/beautifulmalaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Tonton Perkenal Siaran TV Everywhere

Drama Bersiri My Girl di TV3