in

Astro Radio Lancar Kempen Rev-Kan Padang Anda

Astro Radio dan Revive Isotonic semalam secara rasminya melancarkan kempen Rev-Kan Padang Anda. Para peminat bolasepak di Malaysia kini boleh menamakan padang di rumah mereka sendiri dengan Rev-Kan!

Pasukan All Star juga telah ditubuhkan oleh barisan penyampai radio sendiri seperti Adi (ERA fm), Jym (MY FM), Arnold (hitz fm) , Ram (THR Raaga) dan Shah (THR Gegar).

Pasukan ini diketuai oleh Jake Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, dan diwakili oleh selebriti-selebiriti terkenal tanahair, termasuklah barisan pelawak Maharaja Lawak, Yus (Jambu) dan Taukey (Jambu), serta dua penyanyi lelaki popular Black dan Tomok.

Selain itu, turut terlibat bekas- bekas pemain bola sepak kebangsaan seperti K. Sanbagamaran dan Shahril Arsat, yang akan bermain menentang pasukan yang terpilih (Winning Team) di padang yang terpilih sebagai Rev-Kan. Jadual perlawanan terkahir pada 21 Jun 2014 yang juga menampilkan nama-nama ‘Lagenda Bola Sepak’ antarabangsa.

Padang yang terpilih akan di Rev-Kan dengan papan tanda baru, jaring gol yang baru serta memperbaharui semula garis-garis di atas padang. Para peserta juga berpeluang menikmati pengalaman menyertai perlawanan bola sepak yang tidak dapat dilupakan sementara berpeluang memenangi barangan bernilai sehingga RM10, 000 setiap satu!

Kata Dr Jake Abdullah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio,

“Bersempena Piala Dunia yang tidak lama lagi dapat kita semua rasai, masyarakat berminat dengan bola sepak, dan tiada apa yang lebih baik daripada bermain bola sepak di padang sendiri. Rev-Kan Padang Anda membawa kembali perasaan masyarakat dan menghidupkan semula sebuah padang untuk mewujudkan kemesraan bagi si pencitnta bola sepak. Saya telah melatih pasukan All Star, dan kami bersedia untuk mencabar anda dan menjadikan perlawanan bola sepak ini sangat menarik!”

Tambah beliau, “Rakyat Malaysia sangat menggemari sukan bola sepak, memandangkan ketika ini adalah musim bola sepak, misi utama kita di sini untuk mendekati peminat di seluruh lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa ‘Rev-Kan Padang Anda’ dapat membantu menyampaikan matlamat utama Revive Isotonic, Pepsi dan Astro sebagai satu pasukan, dalam menyokong aktiviti sukan sementara menjalani kehidupan yang sihat dan meniupkan kesedaran mahupun kepentingan sesebuah harga pemberian kepada masyarakat “.

Tiga perlawanan bakal berlangsung di tiga buah lokasi yang berbeza di seluruh Malaysia seperti tarikh berikut:

Perlawanan Pertama : 7 Jun 14, 2.30 petang dan ke atas
Perlawanan Ke -2 : 14 Jun 14, 2.30 petang dan ke atas
Perlawanan ke -3 : 21 Jun14, 2.30 petang dan ke atas

Perlawanan pertama berlangsung pada 7 Jun 2014 bertempat di Padang Awam Dewan Kenangan, Sungai Petani, Kedah. Manakala, dua lokasi untuk perlawanan seterusnya akan diumumkan kemudian.

“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan Rev-kan Padang anda, dan kami sangat teruja dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Astro Radio. Walau bagaimanapun, Revive Isotonic telah membawa banyak acara berbentuk komuniti, seperti, Rev Up Your School and Masters of Rev Up. Bersempena dengan demam bola sepak pada tahun ini, kami juga menganjurkan program berbentuk kepengunaan yang diberi nama ‘Prgram Pengguna Nasional’ yang akan menyaksikan empat pemenang Hadiah Utama membawa pulang kereta Chevrolet Sonic untuk setiap satu. Antara hadiah-hadiah lain untuk pemenang termasuklah PS3s Sony, Nintendo Wiis, iPod Shuffles dan banyak lagi! Kesemua hadiah berikut bernilai sehingga RM300, 000!” kata Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Permanis, Hemalatha Ragavan.

“Di Malaysia, kepelbagaian bidang digunakan setiap hari dan hampir sentiasa dipenuhi permintaanya. Kami juga melihat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia sangat setia terhadap padang mereka untuk bermain. Jesteru itu, Rev –Kan Padang Anda dijangka bakal membawa kembali kenangan manis semasa menyatukan seluruh masyarakat .”

Beliau menambah bahawa Revive isotonik adalah minuman isotonik yang menghidratkan (Rev –Kan) metabolisma badan dan memberi rangsangan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untukdi hidrat semula dan dapat menambah cecair badan.Dengan jenama dan kedudukannya yang tersendiri, kami Rev- Ving padang semasa musim bola sepak , dan membawa tahap keseronokan yang memuaskan!

“Bagi menghangatkan lagi suasana, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pihak kami juga akan membawa turun legenda bola sepak yang juga pernah menjadi bekas pemain Manchester United dan England. Pemain lagenda yang kami maksudkan ialah Teddy Sheringham”
Teddy Sheringham pernah menjadi bekas pemain antarabangsa England dan lebih terkenal sebagai penyarung jersi merah Manchester United selama 4 tahun di mana, beliau telah menggondol banyak trofi di England termasuklah perlawanan paling berprestij di dunia. Seperti di UEFA Champions League, beliau pernah mencatatkan aksi yang paling dramatik dalam sejarah perlawanan tersebut. Di mana, Teddy bukan sahaja menjaringkan gol, malah banyak membantu untuk gol kemenangan dalam menentang pasukan Bayern Munich pada tahun 1999. Ini adalah pengalaman yang sangat menarik apabila seorang pemain yang berkedudukan mempunyai pengalaman bermain bersama-sama anak muda di Padang pilihan mereka di Malaysia sendiri.

“Dengan tertubuhnya pasukan All Star dan pemain lagenda antarabangsa Teddy Sheringham di gelanggang, peminat fanatik boleh memberikan sokongan penuh kepada pasukan kegemaran mereka.”

Peserta yang berminat boleh hubungi setesen-stesen pilihan anda seperti ERA fm, MY FM, Hitz fm, THR Raaga dan THR Gegar untuk memberikan sebarang cadangan untuk padang pilihan mereka. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk membuat pendaftaran sendiri dan nama padang di laman web www.revkanpadang.com.my.

Pemilihan terakhir akan dilakukan berdasarkan undian tertinggi mengikut senarai padang yang diterima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Celebrity Fitness Indoor Fitathlon

Senarai Pemenang Anugerah Stail EH! 2014